BERITA

[JOM UNDI] SUARA RAKYAT ~ PENGELUARAN RM10,000 ONE-OFF KWSP AGAR DILULUSKAN

 

Isu pengeluaran kali terakhir wang dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) i-Citra RM10,000 akan dibincangkan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz untuk diperhalusi.

 

 

 

 

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, perkara itu dinyatakan Perdana Menteri kepada beliau dalam perbincangan mereka selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO, malam tadi.

 

Katanya, dalam perbincangan itu, beliau memberi penjelasan kepada Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO bahawa ramai berada dalam keadaan susah dan terdesak pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk memulakan kehidupan akibat dibuang kerja, pemotongan gaji, cuti tanpa gaji serta hilang punca pendapatan sejak awal tahun lagi.

 

Dengan pelbagai komitmen dan hutang yang tertunggak, katanya, rata-rata sangat memerlukan pengeluaran buat kali terakhir untuk kelangsungan hidup, bahkan ada yang mahu memulakan perniagaan kecil-kecilan.

Related Articles

One Comment

  1. Sangat setuju, kerana yang bekerja juga ada tanggungan lain yang perlu dibayar dan dijelaskan..
    Harap pengeluaran kali ini diluluskan in shaa Allah.

  2. Semoga dipermudahkan urusan oleh kerajaan….. Bukan bantuan dari Kerajaan kami minta….. Biarlah keluar duit kami….. Tapi kami dapat memperbaiki keperluan mendesak kewangan keluarga akibat Covid-19 yang melanda dan tiada kesudahan ….

  3. 100% setuju dengan meluluskan 10k One off bukan berkadar secara bulanan demi modal kelangsungan hidup norma baru..suntikan modal sejak 2 tahun hilang pekerjaan tetap

  4. setuju….kerana selama 2 tahun nie saya kesempitan untuk membayar segala hutang kerana tidak lagi bekerja buat masa nie…ditambah pula anak anak akan bersekolah tahun depan

  5. setuju sangat² sbb rata² yg memohon pengeluaran ini memerlukan dana utk kelangsungan hidup serta membayar hutng² tertunggak dan sya sendiri rumah dah 4buln tak bayar, tpi atas ehsan tuan punya rumah memberi lgi pluang utk buln ni, sya berharap agar pengeluaran kwsp kli terakhir ini dpt la sya membayar hutng sewa rumah dan dpt meneruskan hidup dgn baki yg ada, harapan sya kepada perdna mentri dn menteri kewangan dpt kiranya dprjtimbangkn dgn tanpa syarat seperti i sinar yg lepas.

  6. Ya betul sy sgt setuju agar 10k dpt di luluskan dlm keadaan ramai orang sgt terdesak utk membayar komitmen msg2.ada yg krg sihat utk bekerja skrng ni.harapan kami menggunung tinggi kpd Dato Seri utk meluluskan KWSP utk kali yg terakhir.terima kasih

  7. sokong ..harap takde syarat. Harap bkn akaun 1 saja …akain 2 pun bole….klau dlm akaun kwsp dah tngal dubawa 10k harap bole di kluarkn juga….mohon kerajaan faham .

  8. Sangat setuju dan berharap diluluskan agar dpt membayar hutang yg tertunggak serta dapat membantu kos hidup yg semakin meningkat apatah lg cuti sekolah dah bermula, nk kene beli barang sekolah terutama uniform sekolah, nk pakai yg lama semua da x muat….
    Mohon pihak kerajaan faham dan pertimbangkan permintaan rakyat untuk kelangsungan hidup rakyat…..

  9. Setuju sangat UTK yg kali terakhir seperti yg di cadangkan oleh menteri…dengan kenaikan harga barang sekarang bertambah pening lgi kami rakyat di bawah ni….harap di pertimbangkan….

  10. Kalau sudah berumur lebih 50 tahun..memang susah mendapatkan pekerjaan dikala banyak syarikat yg telah gulung tikar semenjak dari tahun lalu lagi..apa lagi di negeri Sabah ini yg mana ekonomi nya memang lembab..dah take tahu nak buat apa dah lagi..

  11. Sekali dapat 10k boleh bayar hutang tertunggak..bukan setakat harap sahaja, kerajaan mesti seteju dgn desakan kami. Inilah masa utk kerajaan memahami situasi yg betul betul susah.. Saya sebagai anak Malaysia,setuju 200 peratus dgn cadangan ini..Hidup ini biar nikmati semasa kita Masih Hidup…bukan selepas mati…

  12. Sya setuju untuk cadangan ini kerana inpak pandamik cov19 sangat2 menjejaskan ekenomi keluarga sya dan sya rasa ramai lagi rakyat malaysia juga akan setujuh dgn cadangan ini, terimakasih…

  13. tolong lah ambil peduli !!! Jangan tabur janji palsu !!! Kami sangat terdesak dan sangat mengharap kwsp one-off keluar 10K – 20K …. banyak tunggakan tanggungan … hilang kerja TIDAK kerja hilang punca pendapatan . permulaan kerja baru gaji sangat kecil … TAK mampu bayar tunggakan tanggungan yang lama dan tanggungan sedia ada …. tolonggg kami TAK MAU BERHUTANG LAGI !!!

  14. Saya sokong sgt²… Skrg kita semua terkesan akibat pandemik covid19 dan PKP yg dijalankan sblm ini. Sampai skrg saya masih lagi belum memperolehi sbrg pekerjaan. Dgn hutang² piutang yg tertunggak serta keperluan harian dan bulanan bagaimana kami mahu teruskan kehidupan jika pengeluaran 10k one off. Kami mohon sgt² spy pihak kerajaan meluluskan pengeluaran 10k ONE OFF dgn kadar segera.

  15. 𝑺𝒆𝒕𝒖𝒋𝒖 𝒎𝒆𝒎𝒃𝒂𝒏𝒕𝒖 𝒔𝒈𝒕2 𝒔𝒆𝒎𝒐𝒈𝒂 𝒅𝒊𝒑𝒆𝒓𝒎𝒖𝒅𝒂𝒉𝒌𝒂𝒏 𝒔𝒆𝒈𝒂𝒍𝒂 𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏

  16. Sokong sangat-sangat, Kami tak perlu meminta Wang org.. Kami hanya maukan Wang hasil kerja Kami sendiri one off 10k mencukupi untuk kecemasan pendapatan sekarang.

  17. sampai skrang Masih takde update pasal 10k one-off no..knapa la susah sgt nak bg hak rakyat tu.keadan skrang ni dah jadi tak keruan mcm mcm nak pikir..dgn hutang lagi..lg ramai la rakyat Malaysia jd gila.l
    last nak ckp bagi je hak Kami ITU hak Kami..problem tentang simpanan Hari tua tu tak yah nak pikir ..Hari Hari skrang ni yg kena pikkir..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button