BERITA

JPJ Cadang Beri Penghargaan Pada Pengadu

 

SEREMBAN – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bercadang memberi penghargaan kepada orang awam yang membuat aduan kesalahan jalan raya melalui aplikasi e-Aduan@JPJ.

 

Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan JPJ, M Janagarajan berkata, ia sebagai galakan kepada masyarakat untuk membantu JPJ mengesan kesalahan lalu lintas.

 

Bagaimanapun katanya, tidak ramai yang mengetahui sistem e-Aduan@JPJ itu yang dilancarkan sejak April lalu.

 

“Kita sangat mengharapkan kerjasama masyarakat untuk menjadi ‘mata-mata’ kepada JPJ sekali gus dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

 

“Sejak e-Aduan@JPJ ini diperkenalkan kita telah menerima kira-kira 1,000 aduan di seluruh negara yang mana sistem aduan ini lebih cepat dan mudah,” katanya pada sidang akhbar selepas Ops Khas Hari Raya Aidiladha (HRAA) 2022 di Terminal One di sini pada Jumaat.

 

Hadir sama, Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusuf.

 

Menurutnya, melalui aplikasi itu, orang ramai hanya perlu memuat naik gambar atau video kesalahan jalan raya yang berlaku di depan mereka selain lokasi dan waktu kesalahan.

 

Jelasnya, dari aduan itu siasatan lanjut dan tindakan akan diambil.

 

Sumber: sinarharian

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button