BERITA

Kad Bank Tamat Rosak Tempoh? Ini Cara Tukar Kad ATM Mybank Secara Online Tanpa Perlu Ke Kaunter!

Sekarang ni nak pergi bank pun perlu buat temujanji atau beratur lama betul depan bank tu sebab perlu ada penjarakan fizikal dan tak boleh ramai berada di dalam premis. Kadang tu kita yang bekerja setiap hari ni tak ada masa nak pergi ke bank. Kalau kad bank ni rosak ataupun tamat

tempoh (expired) memang susah nak beli barang atau keluarkan duit kan. Ramai tak tahu kad ATM Maybank boleh tukar secara online sahaja tanpa perlu ke kaunter.
Untuk memudahkan urusan orang ramai, Maybank telah menyediakan perkhidmatan pertukaran kad bank atau card replacement secara atas talian sahaja. Tak kira lah kad
korang tu tamat tempoh ke atau rosak boleh je buat cara ni. Tapi kalau kad hilang, dicuri ataupun terlupa nombor PIN tak boleh guna cara ni menurut Maybank.
Cara Tukar Kad Debit Maybank Secara Online Tanpa Perlu Ke Kaunter 
Untuk menukarkan kad debit Maybank secara atas talian, korang boleh ikut je langkah mudah di bawah. Tapi kena pastikan korang ada perbankan online Mayban2u lah.
1. Log Masuk Ke
2. Klik Pada Logo Profil dan Klik ‘Settings’
3. Klik Pada ‘Cards’

4. Klik ‘Debit Cards- Replace, Activate & Block’

5. Klik pada tiga titik “. seperti gambar berikut:
6. Klik ‘Replace Card
7.Isikan alamat untuk penghantaran kad yang akan ditukarkan. Tandakan setuju pada butang T&C dan klik ‘Replace Card
8. Klik request SMS TAC dan isikan TAC yang diterima di ruangan kosong yang telah disediakan

9. Masukkan nombor TAC dan klik
CONFIRM
10. Selesai. Kad baharu tersebut akan dihantar ke alamat yang dinyatakan dalam tempoh 9 hari bekerja dari tarikh permohonan
*Nota: Caj pertukaran kad baharu adalah sebanyak RM12 yang mana akan ditolak daripada baki akaun simpanan atau semasa. Caj tersebut sama sahaja sekiranya pertukaran dilakukan secara fizikal di Bank
PERINGATAN: Bila kad dah sampai di
alamat yang korang letak tu, jangan lupa untuk aktifkan kad tersebut! Nanti sampai sudah tak boleh pakai. Lagi satu ianya perlu diaktifkan dalam tempoh 90 hari selepas diterima. Sekiranya gagal, korang perlu mohon semula kad baharu dan ada lagi caj
pertukaran RM12 dikenakan.
Cara Aktifkan Kad Baharu
Maybank
Terdapat dua cara untuk aktifkan Kad
baharu Debit Maybank yang telah ditukar iaitu 
Secara Online
1. Log masuk ke Maybank2u
2. Klik pada Settings
3. Klik pada Cards
4. Klik pada Manage Debit Cards
5. Klik Activate
Melalui Mesin ATM
1. Masukkan Kad
2. Pilih Bahasa
3. Masukkan Nombor PIN
4. Pilih transaksi lain
5. Pilih Perkihmatan lain
6. Tekan skrin berikutnya
7. Tekan pada Pengaktifan Kad
Untuk penggunaan no. PIN kad baharu pula, korang boleh je guna no PIN yang sedia ada dan tidak perlu tukar atau tetapkan yang baharu. Tapi kalau nak tukar juga boleh je buat, cuma kena pergi ke mana-mana ATM Maybank berdekatan.
Mudah je kan nak tukar kad ATM Maybank online ni? Kalau rasa bermanfaat jangan lupa share pada orang lain. Kalau belum pernah ada akaun bank lagi boleh cuba buat akaun CIMB boleh buat online je.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda semua!

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button