PERMOHONAN RAKYAT

Kadar Bayaran Bantuan BKM Tambahan RM300-RM500

 

Selain daripada jumlah asas bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), penerima yang layak juga akan menerima BKM Tambahan berdasarkan jumlah pendapatan dan bilangan anak yang ditetapkan.

 

Berikut adalah maklumat berkaitan dengan BKM Tambahan

 

Apa itu BKM Tambahan?

 

BKM Tambahan merupakan kadar bayaran tambahan yang diberikan kepada penerima yang layak dari kategori Isi rumah berstatus lbu Bapa Tunggal (1BT) dan kategori isi rumah berstatus warga emas berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan.

 

Kadar BKM Tambahan

 

Kadar bayaran BKM tambahan antara RM300-RM500 diberikan kepada penerima isi rumah seperti berikut:

 

–         Tambahan RM500 kepada penerima dalam kategori isi rumah berstatus lbu Bapa Tunggal (1BT) yang mempunyai anak yang memenuhi syarat; atau

–         Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas

 

Dalam hal ini, penerima di atas akan menerima bayaran berdasarkan jumlah berikut

 

Cara Semakan BKM Tambahan

 

Untuk mengetahui sama ada anda menerima bayaran ini, semakan boleh dibuat di portal MyBKM melalui pautan berikut,

 

https://bkm.hasil.gov.my/

 

–         Tekan log masuk MyBKM

–         Masukkan Nombor MyKad (12 Digit)

–         Klik Butang Semak

–         Pengesahan Kata Kunci Keselamatan yang telah didaftarkan

–         Masukkan Kata Laluan yang telah didaftarkan

–         Klik Log Masuk

–         Klik pada Semakan Status

 

Melalui semakan status anda akan melihat maklumat berkaitan BKM termasuk maklumat BKM Tambahan (sekiranya layak).

 

Tarikh Bayaran BKM Tambahan Fasa 2

Bayaran Tambahan akan dibuat bersama bayaran Fasa 2.

 

Menurut Perdana Menteri dalam sidang media sebentar tadi, bayaran akan dibuat mulai 27 Jun 2022 secara berperingkat.

 

Infografik mengenai pengumuman Bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 2 dan Bantuan Tunai Tambahan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob boleh dirujuk melalui lampiran di bawah:

 

Kadar Bayaran BKM Tambahan Untuk Ibu Tunggal & Warga Emas

 

Sebelum ini, kadar tambahan BKM sebanyak RM300-RM500 diberikan kepada penerima isi rumah seperti berikut:

 

Tambahan RM500 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat; atau

Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas

 

Bilakah Tarikh Pembayaran BKM?

 

Fasa 1: Mac 2022

–         Isi rumah

–         Warga Emas Bujang/ Tiada Pasangan

–         Bujang

 

Fasa 2: Jun 2022

–         Isi rumah

–         Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan

 

Fasa 3: September 2022

–         Isi rumah

–         Warga Emas Bujang/ Tiada Pasangan

–         Bujang

 

Fasa 4: Disember 2022

–          rumah

–         Warga Emas Bujang/Tiada Pasangan

 

JUMLAH BAYARAN SETIAP FASA

 

Maklumat Lanjut

 

Rujuk jumlah bayaran & info lanjut BKM

 

Hotline BKK LHDNM : 1800 88 2747

• Hotline BKK MoF : 03 8882 4565

• Talian Bantuan Khas Kerajaan Cawangan LHDNM

• e-Mel : bkm@treasury.gov.my

 

Borang

 

• Borang Permohonan BKM 2022

• Borang Kemas Kini Maklumat Permohonan BKM

• Akuan Penerimaan Borang Permohonan Berkelompok BKM

• Borang Serahan Dokumen Sokongan BKM

• Borang Pembatalan Permohonan BKM

 

FAQ

 

• Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)

• MyBKM

• Permohonan Baharu dan Kemaskini BKM

• Wakil BKM

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button