BERITA

Kadar Pinjaman Maybank Naik Mulai Jumaat

 

KUALA LUMPUR: Maybank akan melaras naik Kadar Asas (BR) dan Kadar Pinjaman Asas (BLR) sebanyak 25 mata asas berkuat kuasa 8 Julai 2022, berikutan pengumuman kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) hari ini.

 

Maybank dalam kenyataannya berkata, BR akan dinaikkan daripada 2.00 peratus setahun kepada 2.25 peratus setahun, manakala kadar BLR akan dilaras daripada 5.65 peratus setahun kepada 5.9 peratus setahun.

 

“Begitu juga, Kadar Asas Islam dan Kadar Pembiayaan Asas masing-masing akan dinaikkan sebanyak 25 mata asas daripada 2.00 peratus setahun kepada 2.25 peratus setahun dan daripada 5.65 peratus setahun kepada 5.90 peratus setahun.

 

“Sehubungan dengan penyelarasan itu, kadar deposit tetap Maybank dan Maybank Islamic juga akan diselaras naik berkuat kuasa 8 Julai 2022,” katanya.

 

Semakan terakhir dalam Kadar Asas Maybank adalah pada 13 Mei 2022 apabila ia dinaikkan daripada 1.75 peratus setahun kepada 2.00 peratus setahun berikutan kenaikan OPR dengan kuantum yang sama.

 

Sumber: bharian

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button