BERITA

Kakitangan JPJ Didenda RM4,000 Mengaku Guna Resit Palsu

 

Ipoh: Seorang kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) didenda RM4,000 oleh Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini selepas didapati bersalah menggunakan resit palsu sebagai tulen dua tahun lalu.

 

Mahkamah turut menetapkan hukuman penjara sebulan jika tertuduh gagal menjelaskan denda.

 

Tertuduh, Mohamad Helmi Ahmad Cabi mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim M Bakri Abd Majid.

 

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh yang bertugas sebagai Pembantu Tadbir di Unit Institut Memandu Bahagian Perlesenan JPJ Perak, didakwa dengan curang telah menggunakan dokumen palsu untuk Resit Rasmi Kerajaan Malaysia Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia, berjumlah RM2,000 bagi perkara Buku Teks KPP baru Kelas Motosikal (B.M).

 

Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh di Pejabat JPJ Ipoh, 17 Februari 2020.

 

Oleh itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

 

Kes pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Maziyah Mansor manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Sumber: hmetro

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button