BERITA

Kalau Dah Salah, Tanggung La Akibatnya – Afdlin

 

Kuala Lumpur: Pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki berkata, berita pemilik Kelab Komedi Crackhouse disenarai hitam seumur hidup daripada mendaftarkan perniagaan di mana-mana premis di ibu negara itu adalah sesuatu di luar bidang kuasanya. 

 

Menurut Afdlin, jika sekiranya mereka terbukti bersalah, mereka perlu menanggung akibatnya.

 

“Apa yang mereka (Crackhouse) buat, mereka kena tanggung.

 

“Cuma, saya nak tanya, adakah di mahkamah, mereka sudah dijatuhi hukuman? Kalau mereka cakap, ia kerana tak ada lesen, tutuplah kerana tak ada lesen.

 

“Cuma, siapa sebenarnya pemantau nilai murni (morality police)?,” katanya.

 

Tambah Afdlin, apa yang berlaku turut membabitkan putar belit sesetengah pihak yang mempunyai agenda masing-masing.

 

“Pada saya, apa yang salah, tetap salah. Kita harus jatuhkan hukuman kepada orang itu.

 

“Benda ini adalah hasil putar belit orang yang nak menggunakan isu ini sebagai isu politik.

 

“Sebab apa? Sebab harga barang tengah naik. Jadi, ‘Mari kita tutupkan dengan benda ini’, ‘Mari kita hentam Afdlin’,” katanya.

 

Terbaharu, Afdlin kini bakal muncul dalam drama bersiri sains fiksyen berjudul AI.5YA yang turut membariskan barisan pelakon antaranya, Mia Sara Shauki, Zizan Razak, Faradhiya, Ako Mustapha, Elly Arifin dan ramai lagi.

 

Selain sebagai pelakon, Afdlin juga bertindak sebagai pengarah dan penulis skrip untuk drama bersiri yang akan ditayangkan di platform Viu bermula esok itu.

 

Sumber: Harian Metro

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button