BERITA

‘Kami Sendiri Pun Terkejut…’

 

Kuala Lumpur: “Kami sendiri pun terkejut,” itulah pengakuan beregu wanita negara, Anna Cheong-Teoh Mei Xing selepas mengejutkan pilihan kelima dari Jepun, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara, sekali gus melangkah ke suku akhir Masters Malaysia.

 

Mereka yang menduduki ranking ke-37 dunia mencatat kemenangan straight-set 21-11, 21-15 ke atas Mayu-Wakana pada aksi pusingan kedua di Axiata Arena, hari ini.

 

Kemenangan itu ibarat membalas dendam selepas mereka tewas 15-21, 21-23 kepada juara dunia dua kali itu di suku akhir Terbuka Malaysia, minggu lalu.

 

“Minggu lalu kami kalah kerana mental kami tidak berapa kuat. Kali ini kami dapat tahan tekanan dan mengutip banyak mata setiap kali mereka lakukan ‘unforced error’.

 

“Ini sesuatu yang sukar dipercayai. Sebenarnya kami terkejut kerana kami tak jangka boleh menang,” kata Anna selepas tamat perlawanan.

 

Ini adalah kali kedua mereka menewaskan pasangan di kelompok lapan teratas dunia selepas menang ke atas beregu nombor tiga dunia dari Korea Selatan, Lee So Hee-Shin Seung Chan di pusingan kedua Terbuka Malaysia.

 

Di suku akhir esok, mereka akan bertemu satu lagi wakil Korea Selatan iaitu Jeong Na-eun-Kim Hye-jeong.

 

“Kami tak letak harapan tinggi kerana tak pernah bertemu mereka. Ia akan jadi satu perlawanan sukar kerana jurulatih mereka sudah mula melihat dan membaca permainan kami.

 

“Namun, mental kami sudah bersiap sedia bertemu sesiapa pun. Kami akan cuba berikan yang terbaik walaupun peluang 50-50 di atas gelanggang esok,” jelas Mei Xing.

 

Sumber: hmetro

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button