POLITIK

Kapal Pengawal Pantai China Dikesan Di Perairan Sarawak

KUCHING: Kehadiran kapal pengawal pantai China di perairan Sarawak terus mencetuskan kegusaran dalam kalangan nelayan negeri ini.

 

Terbaru, kapal pihak berkuasa China itu dikesan di kawasan Beting Patinggi Ali terletak 84 batu nautika dari Miri, Jumaat lalu.

 

Sumber berkata, kejadian itu sudah dilaporkan oleh beberapa pemancing tempatan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di Miri.

 

Berikutan itu, difahamkan aset Maritim Malaysia dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dikerah ke lokasi terbabit untuk mengetatkan kawalan perairan yang turut dikenali sebagai South Luconia Shoals itu.

Baca info penuh di Kapal Pengawal Pantai China Dikesan Di Perairan Sarawak – InfoMalaysiaKini

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button