BERITA

Kecoh Isu Curi Data Mysejahtera, Ini Cara Reset Semula Password

 

Kecoh isu curi data Mysejahtera, ini cara reset semula password.Berikutan bagi mengesan individu yang berjangkit dan sebagai langkah pencegahan kerajaan terhadap wabak Covid-19, aplikasi MySejahtera telah diwujudkan. Hari ini, aplikasi ini menjadi kritikal kepentingannya dikalangan rakyat.

 

Hari ini  ingin berkongsikan bagaimana jika anda gagal untuk login mahupun terlupa password Mysejahtera. Tak usah khuatir lagi dan mari terus membaca artikel ini.

 

Terdapat sebab tertentu mengapa kita gagal login Mysejahtera. Langkah dibawah ialah bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini.

 

Clear Data Di Bahagian Setting

 

Langkah 1

 

Pergi ke bahagian Setting telefon anda.

 

Langkah 2

 

Pilih aplikasi MySejahtera.

 

Langkah 3

 

Tekan pada Storage Usage.

 

Langkah 4

 

Tekan Clear Data.

 

Sila cuba login semula. Andainya anda masih gagal sila cuba langkah seterusnya

 

Cara Reset Semula Password MySejahtera

i) Reset Password MySejahtera (No Telefon)

 

Sekiranya user ID anda adalah No Telefon anda:

 

1.      Buka aplikasi MySejahtera anda

2.      Klik pada Forget Password

3.      Masukkan No Telefon anda dan klik Submit

4.      Anda akan terima SMS dari MySejahtera, dan klik pautan pada SMS tersebut

5.      Masukkan Password baru anda Pada Rungan Password

6.      Masukkan Sekali lagi Password anda pada ruangan re-enter Password.

7.      Tekan pada Reset Password.

Atau;

 

1.      Request reset password melalui link di bawah : https://mysejahtera.malaysia.gov.my/register/forgotUserPassword

2.      PENTING: Masukkan nombor MYSJID dengan format 601xxxxxxx

3.      Hanya ID BERDAFTAR akan terima link reset melalui SMS.

4.      Penting: Buka Link ini melalui Browser dan elakkan mengunakan Apps Mysejahtera.

 

ii) Reset Password MySejahtera (Email)

 

Sekiranya user ID anda adalah email anda:

 

1.      Buka aplikasi MySejahtera anda

2.      Klik pada Forget Password

3.      Klik pada My user ID is an email

4.      Masukkan email anda dan klik Submit

5.      Anda akan terima Email dari MySejahtera, dan klik pautan pada Email tersebut

6.      Masukkan Password baru anda Pada Rungan Password

7.      Masukkan Sekali lagi Password anda pada ruangan re-enter Password.

8.      Tekan pada Reset Password.

 

iii) HelpDesk MySejahtera

 

Jika masih tak berjaya, request delete ID Email melalui Helpdesk di pautan berikut: https://mysejahtera.malaysia.gov.my/help/

 

Pilih option C – G (padam akaun) – Pilih registered ID Email

 

Helpdesk tengah down sekarang, mugkin tak boleh nak request delete akaun. Boleh request manual, baca caption dekat gambar.

 

Daftarkan semula akaun MYSJ melalui link https://mysejahtera.malaysia.gov.my/register/

 

Penting: Buka Link ini melalui Browser dan elakkan mengunakan Apps Mysejahtera.

 

Maklumat Lanjut

 

Sila layari pautan HelpDesk MySejahtera: https://mysejahtera.malaysia.gov.my/help/

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button