BERITA

Kedekut, 1.5 Juta Pekerja Pengalaman 10 Tahun Gaji Bawah RM3 Ribu

 

Walaupun sudah bekerja antara 8 hingga 10 tahun, kira-kira 1.5 juta pekerja di Malaysia menerima gaji dan upah di bawah RM 3,000.

 

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, bilangan ini termasuk golongan siswazah yang dibayar gaji sedikit. Asalkan mempunyai pekerjaan, mereka sanggup menerima gaji antara RM1,001 hingga RM1,500.

 

Adakah ini mencukupi untuk menyara hidup mereka? Jumlah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Malaysia bagi tahun 2021 ialah RM2,208 manakala pelaksanaan gaji minimum pula RM 1,500

 

Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Abdul Halim Husin berkata, ada yang sudah hampir 10 tahun bekerja tetapi masih tidak meraih kenaikan gaji yang signifikan.

 

“Gaji minimum ini untuk siapa sebenarnya? Adakah lepasan Sijil Pelajaran Malaysia, lepasan ijazah atau golongan lain? Se­babnya seramai 1.5 juta pekerja Malaysia ketika ini menerima bayaran di bawah gaji RM3,000.

 

“Maknanya, ada yang be­kerja 8 hingga 10 tahun, tapi gaji masih di bawah RM3,000. Ini termasuk siswazah yang dibayar dengan gaji sedikit. Sedangkan, kalau bekerja buat Grab, boleh dapat sampai RM4,000 sebulan,” ujarnya.

 

Berbeza dengan pekerja asing di luar negara, mereka boleh meraih pendapatan antara RM5,000 ke RM6,000 selepas bekerja 5 tahun di negara mereka sendiri.

 

Menurutnya lagi, syarikat-syarikat besar di Malaysia lebih mengutamakan pekerja asing. Namun, diekspl0itasi dengan dikerah bekerja hingga 12 jam setiap hari, tiada cuti sa,kit.

 

Gaji Minimum RM2,000 – RM2,500 Wajar Masa Kini

 

Oleh itu, beliau menyatakan bahawa pelaksanaan gaji minimum RM2,000 hingga RM2,500 adalah wajar pada masa kini.

 

Jabatan Perangkaan me­le­takkan angka RM2,080 manakala Bank Negara Malaysia (BNM) menetapkan RM2,700 sebagai bayaran gaji yang adil. Namun, ia masih jauh dengan gaji minimum RM1,200 ketika ini.

 

Dengan situasi terkini yang harga barang, kos perkhidmatan meningkat, adalah amat wajar penetapan gaji minimum sebanyak RM2,000 hingga RM2,500.

 

Demi Masa Depan Rakyat

 

Abdul Halim berkata, meskipun cadangan angka gaji minimum itu tinggi, namun ia perlu dilakukan demi masa depan rakyat Malaysia.

 

Jelasnya, menerusi mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) sebelum ini, Tan Sri Abdul Wahid Omar bersetuju jika kenaikan gaji RM2,000 ke RM2,500 dilaksanakan dalam tempoh 5 hingga 10 tahun ini.

 

Jika tidak dilaksanakan dalam amsa yang sama harga barangan semakin naik, rakyat akan terkesan dan negara akan terus ketinggalan.

 

Gaji, Upah Bulanan 9.4 Juta Pekerja Menurun 9%

 

Pada 2020, Jabatan Perangkaan melaporkan purata gaji dan upah bulanan kira-kira 9.4 juta pekerja rakyat Malaysia menurun 9%.

 

Ini merupakan kemerosotan pertama kali sejak purata gaji mula direkod pada 2010.

 

Purata Gaji 2018 : RM3,087

 

Purata Gaji 2019 : RM3,224

 

Purata Gaji 2020 : RM2,933

 

Majikan Malaysia Kedekut Bayar Gaji

 

Sebelumnya, dilaporkan di Utusan pada pertengahan Februari bahawa majikan Malaysia disifatkan paling kedekut di Asia Tenggara dari segi bayaran upah.

 

Majikan hanya membelan­jakan 25% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk gaji.

 

Ianya merupakan antara yang terendah di rantau ini (populasi Malaysia-33 juta)berbanding bandar-bandar utama negara berikut;

 

Singapura (40%) , populasi 5.6 juta

 

Indonesia (8%), populasi 273 juta

 

Filipina (7%), populasi 109 juta

 

Menurut Presiden Kongres Kesa­tuan Sekerja Malaysia (MTUC), Datuk Abdul Halim Mansor, peratusan bayaran yang begitu rendah itu tidak masuk akal kerana rata-rata ma­­­ji­kan berkemam­puan untuk membayar lebih daripada gaji minimum RM1,200.

 

Datuk Abdul Halim Mansor

Walhal kerajaan sudah membantu majikan dalam pelbagai segi demi meraih semula pendapatan sepanjang pandemik.

 

Majikan sering beralasan sekarang bukan masa sesuai menaikan gaji minimum walaupun cuma ke RM 1,500.

 

Sepatutnya majikan menjadikan masyarakat berkuasa beli, bukan beri ruang kuasa berhutang.

 

“Bayangkan, majikan Malaysia hanya membelanjakan 25% daripada KDNK untuk membayar gaji pekerjanya, Malaysia sudah menjadi negara paling kedekut di Asia Tenggara,” katanya.

 

Itu ulasnya susulan pendirian Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF), Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) dan pakar-pakar ekonomi yang membantah dan tidak bersetuju dengan kenaikan gaji minimum RM1,500 berdasarkan pelbagai faktor.

 

Kali terakhir gaji minimum dinaikkan adalah pada 1 Februari 2020, dengan kenaikan RM100 daripada RM1,100 ke RM1,200 sebulan, ketika pembentangan Bajet Tahun 2020.

 

Ekonomi Rancak Ketika Gaji Minimum Dinaikkan

 

Katanya lagi, ketika gaji minimum mula diperkenalkan pada paras RM900 sebulan bagi Semenanjung Malaysia manakala RM800 lagi bagi Sabah dan Sarawak, ekonomi negara menjadi semakin rancak ketika itu.

 

Malahan lebih banyak syarikat dapat ditubuhkan dan pelaburan asing juga banyak masuk di Malaysia pada masa itu.

 

Justeru, kata beliau, kerajaan perlu tegas dengan keperluan rakyat. Rakyat sudah banyak berkorban…mengeluarkan duit KWSP, majikan perlu prihatin.

 

“Pekerja adalah aset, tulang belakang negara. Jika kebajikan tenaga kerja diutamakan, pastinya majikan akan mendapat pulangan lebih baik. Orang sekarang mencari kerja yang ada prospek dan ada inovasi. Kenaikan gaji minimum ini bukan permintaan, ia satu keperluan. Kita pun bukan minta langit, bukan nak rugikan majikan…kita hanya minta sedikit, itu sahaja,” katanya.

 

-Utusan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button