PERMOHONAN RAKYAT

Kemaskini Maklumat BKC (Bantuan Khas Covid-19) Bermula Pada 7 Oktober 2021

 

Kemaskini Maklumat BKC (Bantuan Khas Covid-19) Bermula Pada 7 Oktober 2021

 

Makluman penting buat penerima BKC, anda kini boleh membuat kemaskini maklumat akaun bank yang berstatus Gagal Kredit & Tiada Maklumat Akaun Bank bagi memudahkan bayararan fasa seterusnya.

 

Perkara ini dimaklumkan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melalui akaun sosial Facebook bertarikh 7 Oktober 2021.

 

Berikut kami kongsikan cara membuat kemaskini untuk makluman bersama.

 

Tarikh Kemaskini

  • Tarikh dibuka: 7 Oktober 2021
  • Tarikh akhir: 21 Oktober 2021

 

 

 

Semakan Status BKC

 

 

 

Sebelum anda mengemaskini, anda boleh semak dahulu status BKC untuk memastikan sama ada maklumat akaun anda telah lengkap atau perlu dikemaskini kerana Gagal Kredit / Tiada Maklumat Akaun.

 

 

Semakan melalui laman web rasmi BKC boleh dibuat melalui pautan

 

https://bkc.hasil.gov.my.

 

Semakan boleh dibuat seperti berikut:

  1. Klik Log Masuk atau Semakan Status
  2. Masukkan Nombor MyKad
  3. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  4. Masukkan Kata Laluan
  5. Maklumat yang akan dipaparkan
  6. Status Permohonan
  7. Amaun Keseluruhan Diterima
  8. Maklumat Pembayaran
  9. Paparan Borang

 

Cara Kemaskini Maklumat Akaun Bank BKC

 

 

 

Kemaskini maklumat akaun bank penerima Bantuan Khas Covid-19 (BKC) boleh dibuat secara online (atas talian) atau secara manual.

 

Cara membuat kemaskini adalah seperti berikut:

 

  • Buka laman web https://bkc.hasil.gov.my/.
  • tekan butang Log Masuk
  • Isikan nombor IC dan kata laluan yang telah didaftarkan
  • Tekan butang Kemaskini Maklumat Akaun Bank untuk membuat kemaskini maklumat akaun bank anda

 

Cara Kemaskini Maklumat Wakil BKC

 

Pengemaskinian maklumat wakil boleh dibuat di Cawangan LHDNM secara janji temu.

 

  • Buka laman web https://bkc.hasil.gov.my/.
  • Tekan butang Log Masuk
  • Isikan nombor IC dan kata laluan yang telah didaftarkan
  • Tekan butang Kemaskini Maklumat Wakil untuk membuat kemaskini maklumat akaun bank andaUntuk makluman, proses pengkreditan bagi Fasa 1 Bantuan Khas COVID-19 (BKC) bagi kategori B40 telah bermula secara berperingkat pada 6 September 2021 dan M40 pada 9 September 2021.

 

Maklumat Lanjut

 

 

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk ke laman web https://bkc.hasil.gov.my. atau Hotline BKC di talian 1-800-88-2747 atau TALIAN KHAS BKC

 

Untuk berurusan di kaunter LHDN, sila rujuk pauta https://bpr.hasil.gov.my/myBPR/eApp/eTemuJanji.aspx untuk menempah slot e-Janji Temu online

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button