BERITA

Kemaskini Maklumat & No Telefon BSN Sebelum 30 September 2022

 

Makluman penting untuk semua para pelanggan BSN, anda dinasihatkan untuk mengemas kini maklumat terkini (pekerjaan, alamat dan nombor telefon) sebelum 30 September 2022 dimana-mana Cawangan BSN yang berhampiran atau menghubungi Pusat Perhubungan Pelanggan.

 

Perkara ini dimaklumkan oleh BSN melalui sebuah notis yang dimuatnaik di media sosial rasmi BSN Malaysia pada 27 April 2022.

 

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang notis berkenaan dan cara untuk mengemaskini maklumat anda.

 

Tujuan Kemaskini Maklumat Pelanggan BSN

Tujuan utama perlaksanaan Pengemaskinian Maklumat Pelanggan adalah untuk memastikan maklumat Pelanggan lengkap dan terkini bagi memudahkan pihak Bank untuk menghubungi pelanggan (jika perlu).

 

Siapakah Yang Perlu Mengemas Kini Maklumat Pelanggan?

Pelanggan BSN PERLU MEMBUAT KEMAS KINI jika dalam tempoh 4 tahun atau lebih, tiada sebarang aktiviti pengemaskinian maklumat seperti di bawah:

 

1) Kad Pengenalan (MyKad/MyPR/MyKas)

2) Alamat Tetap/ Alamat Surat-menyurat

3) No. Telefon

4) Nama Majikan

 

Cara Kemaskini Maklumat No Telefon / Alamat BSN

Sila ambil maklum bahawa pengemaskinian Maklumat Pelanggan tidak boleh dilakukan melalui laman Web MyBSN.

 

Sebaliknya, ia boleh dilakukan di Cawangan BSN ataupun melalui Pusat Perhubungan Pelanggan BSN mengikut jenis maklumat seperti berikut:

 

i) Kemaskini di Cawangan BSN:

·       Alamat terkini

·       Majikan terkini

·       Nombor telefon terkini (Pastikan anda membawa kad pengenalan untuk tujuan pengesahan)


ii) Kemaskini melalui Pusat Perhubungan Pelanggan BSN (1-300-88-1900)

1.     Alamat terkini

2.     Majikan terkini

3.     Nombor telefon terkini TIDAK BOLEH dikemaskini melalui panggilan ke Pusat Perhubungan Pelanggan (Anda perlu hadir ke Cawangan BSN dengan membawa bersama kad pengenalan untuk pengesahan)

 

*Pengemaskinian nombor telefon adalah perlu untuk memudahkan BSN menghubungi pelanggan bagi transaksi perbankan yang melibatkan kewangan seperti TAC dan BOSS CODE.

 

Tarikh Akhir Kemaskini Maklumat

Tarikh akhir kemaskini maklumat bagi pelanggan yang terlibat adalah sebelum atau pada 30 September 2022.

 

Apakah yang akan berlaku sekiranya Pelanggan gagal untuk mengemas kini maklumat mereka sebelum atau pada 30 September 2022?

Akaun pelanggan akan mengalami gangguan perkhidmatan sementara waktu dan tiada perubahan pada baki akaun sehingga pengemaskinian maklumat dilakukan.

 

Buat sementara waktu, anda tidak boleh membuat transaksi pengeluaran wang dan pembayaran bil.

 

Penggunaan kemudahan ATM dan Perbankan Internet MyBSN juga akan terganggu buat sementara waktu sehingga pengemaskinian maklumat dilakukan oleh anda.

 

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila notis BSN di bawah:

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button