PERMOHONAN RAKYAT

Kemaskini Permohonan & Semakan Status BKM Fasa 2 Tahun 2022

 

Menerusi pengumuman Bajet 2022 yang dibentangkan Menteri Kewangan, jumlah bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) berbeza mengikut kategori penerima. Ia meliputi kategori isi rumah berpendapatan kurang daripada RM2,500 sebulan sehingga isi rumah berpendapatan RM5,000 sebulan dan ke bawah. Individu bujang juga akan menerima bantuan bagi mereka yang berpendapatan kurang daripada RM2,500 sebulan.

 

Terbaru, BKM Fasa 2 akan dikreditkan kepada yang lama TIDAK LAMA LAGI.

 

Penerima Yang Perlu Kemas Kini BKM

 

–         Penerima BPR terdahulu perlu mengemas kini maklumat mereka sekiranya terdapat perubahan maklumat semasa agar tidak tercicir daripada menerima BKM 2022.

–         Individu, pemohon BPR 2021 termasuk tidak lulus BPR 2021 kerana menerima GKP dan penerima BKC (B40) yang mempunyai rekod dalam sistem BKM boleh mengemaskini permohonan.

–         Kematian kepada pasangan penerima sedia ada atau berlaku perceraian.

 

Cara Membuat Semakan BKM Fasa 2

 

Semakan keputusan permohonan BKM boleh dibuat dengan 2 cara iaitu:

 

–         Semakan di laman web berikut : Semakan BKM

–         Semakan melalui aplikasi mudah alih BKM 2022 dengan memuat turun di Play Store untuk platform Android dan di App Store untuk platform iOS

 

Jika anda semak dalam talian https://bkm.hasil.gov.my;

 

1.      Tekan log masuk BKM

2.      Masukkan nombor Mykad / ID pengguna

3.      Klik semak

4.      Pastikan kata laluan keselamatan anda betul dan tekan ya jika betul

5.      Masukkan kata laluan

6.      Klik pada semakan status (status PERMOHONAN DITERIMA akan dipaparkan)

 

Tarikh Pembayaran BKM Fasa 2 Tahun 2022

 

Bagi fasa 2, pembayaran dijangka dibuat kepada penerima pada penghujung Jun 2022. Masih tiada tarikh rasmi diumumkan oleh LHDN.

 

Sila semak juga kategori penerima yang akan dapat BKM Fasa 2.

 

Tarikh Permohonan / Rayuan BKM

 

Bagi yang tidak menerima BKM, rayuan permohonan BKM akan dibuka mulai 2 Mei 2022 sehingga 2 Jun 2022.

 

Maklumat lanjut

 

Untuk maklumat lanjut mengenai pembayaran BKM fasa 2 2022 boleh layari laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri di BKM FAQ

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button