BERITA

KEMENTERIAN PELANCONGAN MENAWAR PAKEJ PERCUTIAN ISTIMEWA SEMPENA KEMPEN CUTI-CUTI MALAYSIA KHAS UNTUK PENJAWAT AWAM


 

Kerajaan dalam usaha meningkatkan promosi pelancongan domestik di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) telah melancarkan inisiatif jangka masa pendek iaitu pakej istimewa sempena kempen Cuti-Cuti Malaysia khas untuk penjawat awam.

 

Pakej ini merupakan manfaat Tourism Malaysia dengan kerjasama Kesatuan Pekerja-Pekerja Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Kesatuan Pekerja-Pekerja LPPM) dan kolaborasi bersama Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).

 

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, pakej percutian 2 hari 1 malam dan 3 hari 2 malam itu melibatkan hotel bertaraf 5 dan 4 bintang di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Genting Highlands dengan menawarkan harga pakej serendah RM120 seorang.

 

 

 

 

 

”#PakejCutiPenjawatAwam ini dibangunkan bersama agensi pelancongan, hotel serta operator pelancongan yang memberi tumpuan kepada produk-produk pelancongan sekitar ibu kota.

 

11 agensi pelancongan yang mengambil bahagian iaitu mempromosikan pakej percutian seperti 2 hari 1 malam dan 3 hari 2 malam yang melibatkan hotel bertaraf 5 dan 4 bintang di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Genting Highlands dengan promosi harga pakej serendah RM120 seorang,” katanya.

 

Selain itu, mereka dapat menikmati pakej produk-produk pelancongan dengan tawaran diskaun harga tiket sehingga 30 peratus di mana kesemua tawaran ini perlu ditempah sehingga 30 September 2020 sahaja dengan tempoh sah lawatan sehingga 31 Disember 2020.

 

”Di samping tawaran penginapan, penjawat awam dapat menikmati pakej yang menampilkan produk-produk pelancongan yang menarik untuk pengunjung harian (walk in tourist) dengan tawaran diskaun harga tiket sehingga 30 peratus.

 

”Antara produk pelancongan yang tersenarai ialah; Putrajaya tour, Bangi Wonderland, I-City Shah Alam, Farm In The City, Genting Highland, Sky Bridge KLCC, Sky Mirror Kuala Selangor, Farm Tour UPM Serdang, Wet World Shah Alam, Aquaria KLCC, Muzium Kesenian Islam, Sunway Lagoon, MAEPS dan banyak lagi.

 

”Pembeli juga ditawarkan nilai tambahan iaitu 5,000 tiket lawatan bandaraya KL dan menaiki bas Hop On Hop Off secara percuma, penginapan di hotel serta bayaran masuk produk pelancongan juga ditawarkan dengan harga diskaun iaitu 20 hingga 60 peratus. Tempoh tempahan pakej adalah sehingga 30 September 2020 manakala tempoh sah lawatan ialah sehingga 31 Disember 2020,”

rujuk disini : https://www.tourism.gov.my/media/view/pelancaran-pakej-istimewa-penjawat-awam-anjuran-kesatuan-pekerja-pekerja-lppm-dan-cuepacs?fbclid=IwAR2EhpE7TPDG_tgLaVsS4SJag5L3zBu9sTJLWif0DS9QnROHP-92Ojg9wtw

Sumber : siakapkeli

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button