PERMOHONAN RAKYAT

Kemudahan Memiliki Rumah Sendiri Atau Sewa – Golongan Berpendapatan Rendah

 

Program Perumahan Rakyat adalah satu program Kerajaan untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah. Jabatan Perumahan Negara dibawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan adalah agensi pelaksana utama bagi projek-projek PPR di seluruh Malaysia.

Info-info Bantuan Terkini Ada Di👉http://t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia

PPR terdiri daripada 2 kategori iaitu:

  • PPR Disewa.
  • PPR Dimiliki

Semua rumah yang dibina di bawah kedua-dua program PPR Dimiliki dan PPR Disewa akan menggunakan spesifikasi perancangan dan rekabentuk perumahan kos rendah yang ditetapkan dalam Standard Perumahan Kebangsaan Bagi Perumahan Kos Rendah Rumah Pangsa (CIS2).


Baca juga artikel ini:

SemakStatus Penerima RM100 Sebulan

BantuanUntuk Individu Belum Bekerja RM800 


PROJEK PPR (DIMILIKI)

Kerajaan turut melaksanakan PPR Dimiliki yang bertujuan untuk membolehkan golongan yang berpendapatan rendah berpeluang untuk memiliki rumah sendiri. Rumah-rumah PPR Dimiliki dijual pada harga RM35,000 seunit di Semenanjung Malaysia dan RM42,000 seunit di Sabah dan Sarawak.

 

Ciri-ciri PPR

-Kawasan bandar-bandar besar: Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat

-Kawasan pinggir bandar: Jenis rumah teres

-Keluasan: Tidak kurang daripada 700 kaki persegi

-Binaan – 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air

-Kemudahan Asas:

  • Dewan Komuniti/Ruang Orang Ramai
  • Surau/Ruang Solat
  • Gerai Makan/Ruang Niaga
  • Tadika
  • Kemudahan OKU
  • Taman Permainan/Kawasan Lapang
  • Rumah Sampah

 

Syarat-Syarat Permohonan:

  • Pemohon dan pasangan Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan
  • Pemohon dan pasangan tidak pernah memiliki rumah
  • Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri

 

PROJEK PPR (DISEWA)

Program PPR Disewa telah diperkenalkan pada Februari 2002 bertujuan untuk disewakan kepada golongan sasaran (golongan yang berpendapatan rendah dan setinggan) pada kadar RM124.00 sebulan.

 

Ciri-ciri PPR:

-Kawasan bandar-bandar besar: Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat

-Kawasan pinggir bandar: Jenis rumah teres

-Keluasan: Tidak kurang daripada 700 kaki persegi

-Binaan – 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air

-Kemudahan Asas:

  • Dewan Komuniti/Ruang Orang Ramai
  • Surau/Ruang Solat
  • Gerai Makan/Ruang Niaga
  • Tadika
  • Kemudahan OKU
  • Taman Permainan/Kawasan Lapang
  • Rumah Sampah

 

Syarat-Syarat Permohonan:

  • Pemohon dan pasangan Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM3000 sebulan
  • Pemohon dan pasangan tidak pernah memiliki rumah
  • Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri

 

CARA DAFTAR AKAUN SPRN & MEMOHON SKIM PERUMAHAN

 

Pendaftaran Atas Talian SPRN

Pendaftaran SPRN boleh dibuat melalui pautan https://sprn.kpkt.gov.my/

 

Cara Permohonan

Permohonan boleh dibuat melalui laman rasmi TEDUH- https://teduh.kpkt.gov.my/

  1. Daftar akaun SPRN
  2. Log masuk ke SPRN
  3. Pilih Skim mengikut kelayakan
  4. Lengkapkan maklumat pemohon
  5. Pilih projek
  6. Muat naik dokumen sokongan
  7. Pengesahan (Hantar Permohonan)

 

 

Senarai Dokumen yang perlu dimuat naik di SPRN (Skim PPR)

Pemohon:

  • Kad pengenalan/ Kad polis/ Kad tentera.
  • Bil elektrik/ Bil telefon/ Bil air kediaman terkini.
  • Kad OKU/ Surat pengesahan OKU (Jika berkenaan)
  • Surat pengesahan majikan (jika berkenaan)
  • Surat akuan sumpah bekerja sendiri (jika berkenaan)
  • Sistem maklumat rujukan pusat permohonan (CCRIS/CTOS)
  • Penyata gaji terkini pemohon (Jika berkenaan)
  • Penyata KWSP/Penyata Cukai pendapatan (Jika berkenaan)
  • Kad pencen pemohon (Jika berkenaan)
  • Surat akuan sumpah bujang (jika berkenaan)

 

Pasangan:

  • Kad pengenalan/ Kad polis/ Kad tentera
  • Sijil nikah/ Dokumen yang setara (Jika berkenaan)
  • Kad OKU/ Surat pengesahan OKU (Jika berkenaan)
  • Surat pengesahan majikan (Jika berkenaan)
  • Surat akuan sumpah bekerja sendiri (Jika berkenaan)
  • Surat akuan sumpah tidak bekerja (Jika berkenaan)
  • Penyata KWSP pasangan (Jika berkenaan)
  • Penyata KWSP (Tidak bekerja) (Jika berkenaan)
  • Sistem maklumat rujukan pusat (CCRIS/CTOS)
  • Penyata gaji terkini (Jika berkenaan)
  • Penyata KWSP/ Penyata cukai pendapatan (Jika berkenaan)
  • Kad pencen pasangan (Jika berkenaan)
  • **Surat cerai/ Sijil kematian (Jika berkenaan)

 

Tanggungan:

  • Kad pengenalan/ MyKid tanggungan/ Surat beranak (Jika berkenaan)
  • Kad OKU/ Surat pengesahan OKU tanggungan (Jika berkenaan)

 

Info-info Bantuan Terkini Ada Di👉http://t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia

Malumat lanjut

Untuk sebarang persoalan/kemusykilan, anda boleh rujuk di:

 

Pertanyaan Program

Skim PPR :

03-88914052 (Selangor, Melaka, Johor, Ng. Sembilan);

03-88914278 (Kuala Lumpur, Sabah, Sarawak) dan

03-88914028 (Perak, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Pahang, Terengganu)

 

Teknikal / Masalah Sistem

Tel: 03-8891 4475

Email: teduh@kpkt.gov.my

Bahagian Pemantauan Perumahan Swasta

Tel: 03-88914200

 

Sumber: https://teduh.kpkt.gov.my/

 

 

 

 

 

 

Related Articles

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button