BERITA

“Kena gelak sebab buat rumah rakit atas darat,” – Elok terapung, lelaki ini berjaya selamatkan barangan di atas rumah rakit

 

TERNYATA tindakan lelaki ini membina rumah rakit tidak sia-sia apabila rumah yang dibina pada Mei lalu berjaya menyelamatkan keseluruhan barangan dan peralatan rumah.

 

Jelas Aziela Baharudin, walaupun ada yang tertawakan usaha abangnya membina rumah rakit di atas darat, namun usaha tetap diteruskan.

 

Nyata hasilnya cukup sempurna di kala banjir melanda.

 

 

 

“Tak sia-sia anak jantan mok buat

 

Bernas gok idea die

 

Banjir melanda rumah rakit ada

 

Tak banjir dia duduk atas darat

 

Tempat lepak2 buat bbq dan steambot

 

Banjir dia terapung atas air

 

Tempat letak peti ais, mesin basuh tilam bagai,” kata Aziela.

“Pada awal Januari 2021, banjir paling besar pernah berlaku di kampung. Banjir kali ni air naik mendadak, memang tak sempat nak selamatkan kebanyakan barang. Peti ais berenang-renang kat luar rumah, kitorang satu ‘family’ hanya mampu tengok dan gelak je. Redha..

 

“Abang saya ‘fedup’ asyik kena angkut ke hulu ke hilir barang-barang  elektrik dan barang bengkel dia ke tempat yang selamat . Belum kira pakaian, tilam,bantal. Memang banyak barang.

 

“Jadi awal bulan Mei 2021 abang saya ‘start’ projek rumah rakit. Walaupun kena gelak sebab buat rumah rakit atas darat , dia lantakkan aje 🤣🤣

 

“Tak sangka Disember 2021, banjir sekali lagi. Jadi boleh ‘test drive’ rumah rakit. Barang-barang dari rumah semua angkat letak di rumah rakit. Alhamdulillah terapung elok . Peralatan elektrik selamat,mesin-mesin dia pun selamat. Banjir ni dah jadi macam acara tahunan pulak di kampung ni,” katanya.

 

Lokasi : Kampung Seberang Jelai, Padang Tengku, Kuala Lipis.”

 

Sumber : utusantv

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button