PERMOHONAN RAKYAT

Keputusan Rayuan BPR Belum Diketahui, Adakah Layak Menerima BKC?

 

Seperti yang kita sedia maklum bahawa Bantuan Khas Covid-19 (BKC) telah mula dikreditkan kepada semua penerima yang layak. Menurut YAB Perdana Menteri dalam kenyataan beliau di media, tarikh pembayaran untuk Bantuan Khas COVID-19 akan bermula pada 6 September 2021 dan dijangka akan selesai pada 10 September 2021

 

Untuk makluman, Bantuan Khas COVID-19 (BKC) adalah bantuan tunai langsung bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat akibat pandemik COVID-19. Pihak kerajaan juga akan sentiasa memastikan mereka yang terkesan dengan pandemik ini dapat dibantu dengan sedaya upaya.

 

Baca juga:

BantuanRM1,000 Kepada Peniaga Kecil/PKS Mikro

Bantuan ProgramJaringan Prihatin

SumbanganKerajaan Sehingga RM250 Setahun

Info-info Bantuan Terkini Ada Di👉http://t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia 

 

KEPUTUSAN RAYUAN BPR BELUM KELUAR ADAKAH LAYAK UNTUK MENERIMA BKC

 

Seperti yang kita tahu, penerima-penerima BPR akan secara automatik akan layak menerima Bantuan Khas Covid-19 atau BKC. Namun, bagaimana pula dengan status mereka yang masih dalam menunggu keputusan rayuan BPR yang akan diketahui dalam hujung bulan ini.

 

Menurut kenyataan Timbalan Menteri Kewangan Mohd Shahar Abdullah, mereka yang lulus rayuan juga layak untuk menerima BKC. Jika tidak layak (menerima BPR), kaedah silang data akan digunakan untuk semak dengan data percukaian dan jika memenuhi syarat M40, mereka juga tidak terkecuali untuk menerima bantuan ini.

 

Sumber: BERNAMA

 

Selain itu, beliau berharap agar mereka yang telah mendapat bantuan BPR untuk membuat semakan akaun bank kerana masih ada diantara penerima BPR yang tidak menyedari akan bantuan BKC yang telah dikreditkan ke akaun mereka. Hal ini kerana mereka berpandangan bahawa mereka tidak ada membuat permohonan BKC.


SEMAKAN STATUS KELULUSAN BPR

Semakan boleh dibuat melalui pautan berikut:  https://bpr.hasil.gov.my/

Info-info Bantuan Terkini Ada Di👉http://t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia  


Sumber: BERNAMA



Related Articles

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button