BERITA

Kerajaan Akan Tangguh Tarikh Pelaksanaan Gaji Minimum Pekerja

 

Ekonomi dunia tak berada dalam keadaan yang stabil. Jadi, kerajaan telah mengambil langkah terbaik iaitu menangguhkan pelaksanaan Gaji Minimum Pekerja sehingga akhir tahun ini  .Seperti anda sedia maklum kadar baharu gaji minimum pekerja adalah RM1,500.

 

Proses Pemulihan

 

Menurut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar berkata, kira-kira 46,000 usahawan mikro perlu melalui proses pemulihan selepas golongan itu terjejas berikutan pandemik COVID-19.

 

“Golongan ini dalam proses untuk pulih. Oleh itu, ia memerlukan masa pelaksanaan dan persediaan (gaji minimum) lebih-lebih lagi baru pulih daripada kesan pandemik COVID-19,” katanya, hari ini.

 

Pengecualian Sampai Akhir Tahun

 

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim berkata, semua majikan yang terlibat dalam perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) diberi pengecualian pelaksanaan gaji minimum pekerja sampai penghujung tahun ini.

 

Bagaimanapun, Awang berkata majikan terbabit dalam bidang profesional seperti peguam dan doktor tetap perlu mengikut pelaksanaan kadar gaji baru itu.

 

Sekadar imbasan, pada 27 April lalu, kerajaan mewartakan pelaksanaan gaji minimum:

 

·        Mana-mana majikan yang mengupah  5 atau lebih pekerja pula serta majikan yang menjalankan aktiviti profesional yang dikelaskan di bawah Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (Malaysia Standard Classification of Occupations, MASCO) 2020, kuatkuasa gaji minimum RM1,500 adalah bermula 1 Mei 2022.

·        Manakala, majikan yang menggajikan kurang 5 pekerja pula, kuatkuasa gaji minimum RM1,500 adalah bermula 1 Januari 2023.

 

Sebaik Sahaja Ekonomi Stabil

 

Menurut Noh, keputusan penangguhan pelaksanaa gaji minima itu telah diputuskan dalam Kabinet.

 

“Pihak kementerian yakin golongan ini mampu membayar gaji minimum apabila keadaan ekonomi mereka kembali stabil.

 

“Bagaimanapun, mereka yang mempunyai kemampuan digalak membayar gaji minimum kepada pekerja,” katanya.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button