PERMOHONAN RAKYAT

Kerajaan Beri Bantuan Khas Untuk Kaum Wanita, Cara Memohon

Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan :


PENGENALAN

 

Program Bantuan MyKasih Kapital merupakan salah satu insentif tambahan kerajaan yang diumumkan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Malaysia, sempena Sambutan Hari Wanita pada 8 Mac 2021. Program Bantuan MyKasih Kapital ini akan dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPKWM) melalui Yayasan Kebajikan Negara, Malaysia (YKN).

 

BANTUAN MYKASIH KAPITAL:

 

Insentif tambahan untuk memberi faedah secara langsung kepada kaum wanita yang berbentuk suntikan modal perniagaan. Pemberian insentif ini adalah sebagai satu usaha menggalakkan kaum wanita berniaga terutamanya yang terlibat dalam bidang e-dagang atau dropship.

 

OBJEKTIF:

 

1.    Memperkasakan ekonomi kumpulan sasar yang terkesan dengan pandemik wabak COVID-19 melalui bantuan modal perniagaan.

2.    Membantu meningkatkan taraf hidup mereka yang memerlukan bantuan kewangan segera melalui peruntukan kewangan bagi memulakan perniagaan.

3.    Pendekatan yang mengoptimumkan potensi individu berdasarkan bidang kemahiran mereka agar tidak terus bergantung kepada bantuan kerajaan sepenuhnya.

 

SYARAT KELAYAKAN:

 

–        Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas

–        Golongan wanita sahaja

–        Ketua keluarga yang merupakan pencari nafkah utama keluarga

–        Individu yang menanggung keluarga tetapi hilang mata pencarian

–        Wanita yang mempunyai suami tetapi suami tidak berkeupayaan untuk mencari nafkah disebabkan sakit

–        Berminat dan bersungguh-sungguh menceburi bidang perniagaan sebagai sumber pendapatan

 

CARA PERMOHONAN:

 

Mohon disini – Permohonan bantuanMyKasih

 

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi:

 

Urus setia Program Bantuan MyKasih Kapital

Yayasan Kebajikan Negara, Malaysia

Aras 8, Bangunan KPWKM,

No.55, Persiaran Perdana,

Presint 4, 61200 Putrajaya

No. telefon :  03 – 8323 2433

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button