BERITA

Kerajaan Sedia Benarkan Pengeluaran Wang KWSP Rakyat Melalui i-Ceria

KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta membenarkan tuntutan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kali terakhir secara bersasar menerusi bantuan kewangan i-Ceria.

 

Datuk Seri Mohd Salim Sharif (BN-Jempol) berkata pengeluaran itu perlu diberikan kepada pihak yang memerlukan, bergantung jumlah simpanan masing-masing bagi mendepani situasi pasca COVID-19.

 

RAKYAT TERDESAK MENERUSKAN HIDUP

 

Ini kerana, katanya, terdapat keperluan mendesak dalam kalangan rakyat untuk menggunakan sebahagian wang persaraan mereka bagi meneruskan kelangsungan hidup.

 

Beliau berkata, tuntutan itu semata-mata bagi memastikan permintaan ‘Keluarga Malaysia’ dipenuhi, khususnya bagi yang masih bergelut dengan kesusahan akibat pandemik COVID-19.

 

“Ditambah pula, musibah banjir baru-baru ini, sudah tentunya merencatkan perjalanan mereka yang baru sahaja memulakan fasa kehidupan baharu. Keadaan mereka ini sudah tentunya semakin parah, bagaikan ‘sudah jatuh ditimpa tangga’.

 

KERAJAAN PERLU MEMAHAMI KELUHAN RAKYAT

 

“Sebagai kerajaan yang sentiasa memahami denyut nadi rakyat dan sentiasa mendengar setiap keluhan isi hati rakyat. Saya merayu bagi pihak mereka supaya kemudahan i-Ceria dapat diluluskan, agar senyuman dapat terukir kembali pada wajah ‘Keluarga Malaysia’.

 

“Memandangkan jaminan sambutan Aidilfitri tahun ini juga diberikan Bera (Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob), maka kemudahan i-Ceria ini bakal memberi makna tersendiri buat ‘Keluarga Malaysia’,” katanya.

 

Beliau berkata demikian ketika perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini.

 

Tuntutan pengeluaran i-Ceria itu menerima sokongan wakil kerajaan dan pembangkang, antaranya Datuk Mohd Nizar Zakaria (BN-Parit); Datuk Seri Hasan Arifin (BN-Rompin), Datuk Dr Xavier Jayakumar (Bebas-Kuala Langat) dan M Karupaiya (PH-Padang Serai).

 

PEMBUKAAN SEMULA INDUSTRI PELANCONGAN

 

Dalam pada itu, Salim mencadangkan kerajaan membuka semula sempadan antarabangsa, selari titah Yang di-Pertuan Agong bagi mencapai matlamat pemulihan industri pelancongan dan bidang berkaitan secara holistik.

 

“Meskipun ketika ini pelancongan domestik dibenarkan beroperasi sepenuhnya, namun ia masih belum memadai untuk membantu sektor lain berkait rapat dengan bidang pelancongan.

 

“Tumpuan tidak boleh hanya diberikan kepada pelancongan domestik sahaja. Sudah tiba masanya, negara mengorak langkah dan meneroka peluang untuk kembali menerima kunjungan pelancong asing,” katanya.

 

MEMORANDUM PENGELUARAN RM10,000 SIMPANAN KWSP

 

Sementara itu, Ahmad Fadhli Shaari (PAS-Pasir Mas) yang menyokong tuntutan pengeluaran RM10,000 simpanan KWSP menjelaskan pihaknya menerima beberapa memorandum pelbagai pihak, agar ia dibenarkan.

 

Ini kerana, katanya, beliau difahamkan tuntutan berkenaan dibantah segelintir menteri selepas cadangan itu dikemukakan Ismail Sabri pada mesyuarat Kabinet.

 

“Saya menyokong apa yang disebutkan Jempol (Salim) sebentar tadi bahawa inilah talian hayat terakhir rakyat dan minta kerajaan dapat mempertimbangkan.

 

“Ini terutamanya selepas kejadian banjir, COVID-19 dan sebagainya, rakyat mula bertatih untuk membina ekonomi mereka… yang tak berniaga selama dua tahun, mereka sudah pun hilang modal untuk bermula semula.

 

“Kita faham KWSP ini simpanan hari tua. Kita bercakap tentang hari tua, tetapi rakyat bercakap tentang hari ini… apa yang mereka hendak makan,” katanya.

 

Maklumat lanjut berkaitan memorandum pengeluaran RM10,000 simpanan KWSP boleh rujuk DI SINI

 

Sumber : Berita Harian

Related Articles

One Comment

  1. memerlukan dengan segera ..bulan 2 lepas kuarintin sampai 10 hari ..gaji tak ada gov tak nak bayar..dapat gaji bayar hutang dah habis.Nak mintak sedekah kat sape lagi pun aku tak tahu dah…

  2. Xdenya dyorg nk luluskn, kalo btul nk bg Dr mula dyorg dh bg xyah tggu kita mngemis smpai cmni. ni aku dh Kna bhnti kja, mnta kja bru blom dpt2 blik sewa xmmpu byr, bini dh lari n mnta Cerai, aku smpai pnjm along smata2 nk truskn hdup je, yg dyorg tu kaya ari2 prut kenyang mna nk kesah dgn golongan miskin mcm aku. Dyorg nk tggu ada yg mati kna potong dgn ahlong atau mati bnuh dri sbb xde yg nk tolong bru nk amk action agknya.

  3. Korg dgr jwpan bdoh yg dyorg ulang2 bg je dh bole tau btapa lg Hina drpd binatang kita pd pndangan dyorg. Kucing n anjing yg menteri2 tu bela lg dyorg syg, jga n bg mkn ckup2lh drpd kita ni. Lg nk nafi ke? Kalo beating tu dyorg jga kita ni dyorg xamk kesah mknanya kita smua ni lg paria drpd binatanglh pd dyorg. Bygknlh nk mnta duit sndri smpai nk sruh org sujud cium kaki dy so agk2 cmne kita ni pd pndangan dyorg?

  4. Teramat memerlukan kerana tiada pendapatan tetap hampir 2 stngah tahun sementara waktu ini hanya beserah kpda Allah swt.Tak tahulah EPF ada pengeluaran akta utk teruskan hidup tetapi ????Jawabllah diakhirat kelak?Hak kita sendiri dinafikan hidup2.Masya Allah.

  5. Mereka tidak berlaku adik dan tidak suka menolong rakyatnya,sedih dan marah melihat pemerintahan seperti ini.Kehidupan rakyat tidak dipedulikan..

  6. Memerlukan sgt²..1st pkp aku dh diberhentikan keje..skg jap keje jap x..masalah kesihatan..mtk bantuan perkeso pun xdpt..kata masih mampu kerja..brape kali dh aku jatuh tepi lori yg aku bwk..brape kali dh aku masuk wad sbb jantung..ni byk yg nk dibyr lg..hutang btambah tmasuk sewa umah..motorsikal lg bkn leh moratorium sbb aeon credit..menteri buat pekak,buat buta..suka na tgk rakyat mtk sedekah ye..tunggu la korang menteri² semua di padang mahsyar kelak…

  7. Pelbagai usaha dh khasnye dr pihak ngo buat siap anta memorandum lg ke istana kan..xkan la menteri or PM xnmpak semua keluh kesah rakyat,kesusahan rakyat dan sbgnye..rakyat mcm aku ni amat² memerlukan pengeluaran dr kwsp tu..duit sendiri tu..duit kami rakyat malaysia ni..ape yg susah sgt..xyh la dok sibuk² memikir hal hari tua kami sbb kami ni umur lom tentu sampai lg 55..ntah esok ntah lusa ntah jap² lg mati Allah yg maha mengetahui..skg ni kami amat² memerlukan duit kami sendiri di kwsp tu utk kelangsungan hidup bkn gi pinjam sana sini utk tmbh beban hutang..mane akal fikiran PM serta menteri atau pemimpin² kami rakyat malaysia ni?…
    Ampun Tuanku,pada YDPA jua kami rakyat jelata,rakyat Tuanku,mohon buatla sesuatu utk bantu kami rakyat jelata yg susah ni utk memerintahkan menteri² pasola ni benarkan pengeluaran kwsp ni..rakyat Tuanku amat² memerlukan..
    Maafla aku bckp ni sbb mmg betul² memerlukan..harap menteri² dgr dan btindak yg tbaik utk rakyat..jgn dh dpt kuasa,putar belitkn rakyat..xgune jd pemimpin klu dibiar rakyat susah…ingatlah menteri² bkenaan,hidup umpama roda ye..Assalamualaikum dan salam sejahtera

  8. TOLONGLAH DENGAR RINTIHAN RAKYAT,BKN SEMUA MASYARAKAT SENANG DI MALAYSIA NI,,TOLONG FIKIR ORANG DIBAWAH JANGAN MENDABIK DADA DONGGAK KE LANGIT,DENGAN EKONOMI SKRG STRUGGLE HIDUP MACAM MANA,DENGAN PENGELUARAN KWSP AKAN MBNTU KAMI YG AD MASALAH KEWANGAN NI..TAK KAN NAK KAMI SATU MALAYSIA KENA BEESUJUD DAHULU,MERAYU,MENANGIS DIKAKI PIHAK KERAJAAN..FIKIRLAH….

  9. KALO RAKYAT2 BOLIH SOKONG & LANTIK DATO2 MENTERI JADI TUNGGAK KERAJAAN, KENAPA TIDAK DATO2 MENTERI MEMBALAS JASA2 RAKYAT ITU..
    LULUSKAN SAJA I-CERIA DEMI KELANGSUNGAN HIDUP RAKYAT2 YG RAMAI TERKESAN DGN MUSIBAH WALAUPUN MASING2 TIDAK MENONJOLKAN KEMELARATAN HIDUP.. ALL THE BEST MALAYSIAN..

  10. Amat memerlukan hilang punca pendapatan hutang makin bertambah…harap kerajaan fikir kn nasib rakyat…kami hnye perlukn duit kami untuk terus kn hidup pd masa mendatang….tolong faham kesusahan rakyat…..

  11. tolongla ,utk keluarkan kwsp 10k, saya kehilangan kerja daripada banjir itu hari kat rumah ade org tua nk jaga bagi mkn,,,, saya kena byr pinjaman bnk lagi,pinjaman dgn ahlong lagi, hari hari hidup macm dlm ketakutan sudah saya,,tolongla saya merayu luluskan pengeluaran kwsp,,,aku mohon sangat2

  12. kenapalah menteri² pasola ni sibuk nk pikir yg rakyat tk ada simpanan hari tua..yg memerlukan sekarang..hari kedepan pun belum pasti…sekolah tinggi sampai jd menteri tp tongong…useless…

  13. Sesiapa Yang memerlukan pekerjaan hubungi Saya. Inshallah Ada kekosongan dan Saya boleh pastikan anda diterima masuk bekerja dengan segera.

  14. Yg terbaik ialah, ' kerajaan harus luluskan pengeluaran I CITRA. Inda pyh bimbang d hari tua pencarum, keperluan sgt mendesak PADA HARI INI. Kena fikir hari jni TUAN

  15. Betul sgt ,,mmg betul duit sendiri suami kata mcm mnta sedekah apatah lg duit org lglah payahnya,,,mmg berharap dpt perihatin org yg berperihatin,,,

  16. Xtahu nk kata apa dah…rayuan demi rayuan …ibarat masuk telinga kanan ..telinga kiri keluar….MCO 2-3 bulan pendapatan mencicit…dah x tentu hala ..dah mana nk bayar installment makbapakgillewdorangnih yg tahunya call2..kacao cari smpi pat kerja..tunggakan laa…apalaa..yg kita NIH dah nyawa2 takat lehheiaq dah…mana nk Pikir makankedarah lagi….minyakmotorkeretaLrtkad..lagi belum roadtax,insurance lagi..LRT dulu Dri 30dah naik ke50..
    Mana nk Pikir makanpakai lagi..
    Mana nk Pikir.bill letrik,bill air,bill lubangnajis lagi .
    Itu memang laa..tiap2 bulan kita dh berbayar .tpi KLU dh miss pendapatan 2-3bulan..mana nk dikorek..yg paling tertekan… installment bank tu…
    Dah banjir pulak..habis 1rumah tenggelam…tidoe atas lantai..makan pakai semua dh hanyut…belum nk pulih akibat MCO…banjir pulak…simpanan kita di EPf masa nihlaa kita rakyat darurat…itupun…bersyarat…KLU simpanan mana yg lebih dari 100k…Sepatutnya dibenarkan keluar akaun 1…kerajaan dan pemimpin yg ada…NIH..lebih perihatin ..Dri nk mengejarkan kuasa dan kepentingan sendiri ..RakYat DiUtamAkAn…Tiada kami rakyat dan duit kami …Mana yg ada diatas yg memegang tampuk pemerintahan..Xkan boleh berkuasa…

  17. Kenapa susah sangat dan banyak berdolak dalih untuk pengeluaran KWSP duit sendiri ni.. Kalau cakap untuk simpanan hari tua macam mana untuk kehidupan pada waktu yang darurat ni, orang KWSP or kerajaan n sesiapa yang berkenaan masih hanya pikir keuntungan diri sendiri berbandaing dengan hak pencarum duit sendiri ni.. Saya wakil bagi yang sangat2 memerlukan duit simpanan kami sendiri ini mintak jangan susahkan dan payahkan or dengan berdolak dalih bagi pengeluaran KWSP duit simpanan dan hak kamiii.. Saya ingin wujudkan satu cadangan luluskan sahaja dengan segera pengeluaran wang KWSP bagi sesiapa yg memerlukan dan bagi sesiapa yang tak nak boleh buat pilihan untuk tidak mengeluarkan wang KWSP,apa yang susah sangat nak buat keputusan macam ni??sekarang ni soal hidup mati rakyat bukan soal keuntungan or kepentingan kerajaan lagi,Terima kasih dan harap cadangan ini dipertimbangan.

  18. Takde manafaat untuk Rakyat, x perlu lah Nak merugikan Rakyat atau menzalimi Rakyat, bdk umur 10tahun pun ade manafaat, boleh suruh pegi kedai beli barang, ni langsung xde manfaat, suruh pulak org pinjam duit org Buat hutang, Kan ade duit sendiri kwsp tu, bkn duit org, duit sendiri, insyllah Allah balas kezaliman diorang atas Dunia lagi. Amin..

  19. Selalu kata simpan utk hari tua..hari tua, kita tak tau kita ada ke xde. Tak payah fikir pada masa hadapan. Skrg kita amat memerlukan duit utk bayar byr hutang dan makan. Kita tau mcm mana nak gunakan duit tu. Kerajaan tak payah takut pasal tu..tolong fahamkan situasi rakyat dan cepat luluskan pengeluaran duit kwsp.. Kalau xde covid-19, kita tak akan mintak duit kwsp.. Disebabkan covid ramai kehilangan kerja. Overtime, allowance dan lain2 lagi… Hutang byk tunggahkan kena bayar.. Tolong fahamkan situasi rakyat. Jangan degil tak nak bayar alasan hari tua. Tu duit rakyat… Kita bukan mintak duit kerajaan pun..

  20. Apa ntah masalah korg payah sangat nk luluskan i ceria 10k!!
    Korg semua sedap lah pangkat besar gaji tinggi.korang mcm takde otak yg boleh berfikir secara cerdik.pangkat besar gaki besar.tp akal pendek!!kami ni tanggung 7 org anak2 yh masij kecil dan 4 drpnya bersekolah.yg paling kecil anak kembar lelaki usia 1thn 6bulan.dgn tak ada kerja lagi setakat ni.korg rasa aku ni nak bagi anak2 makan.susu
    Pampers dan sekolahkan mereka mxm mana??guna apa???guna daun keladi ke apa hah???kwsp tu duit kami sendirilah.bukan duit korang!!!hasil titik peluh kami berkerja!!!korang guna duit kami bjat melabur boleh pulak???!!!

  21. Tolonglah luluskan pengeluaran 10k off ni secepat mungkin, kami amat memerlukan duit kami..nk tnggu umur 60 belum tentu lg nk sampai umur tersebut utk merasa wang simpanan kami ini, pd zmn skrg bla² saja dan d mna saja ajal menjemput….tmbh² selagi COVID masih bertahkta d dunia ini. Tolonglah kami yg amat memerlukan duit utk melangsaikan apa yg patut. Kami hanya mahu hak kami..kami tak mahu duit pinjaman sbb tak semua kami yg layak bt pinjaman atas alasan..blacklist dan bukan kerajaan, amat susah utk kami memohon apa² pinjaman..harap sangat kerajaan memahami situasi kami pada masa sekarang.

  22. Tolong untuk rakyat2 Malaysia..mereka sangat memerlukan wang untuk makan dan sara kehidupan..jgn kedepan hari ada yg sanggup bunuh diri,kerana kesempitan wang..padahal wang mereka ada..tapi tidak di benarkan untuk mengambil…ape kes ni

  23. Kami hanya nak kwsp 10k one off untuk kelangsungan hidup..byk nak kene bayar sewa umah,kete Dan nak byr yuran keperluan skolah anak…skrg nak bli barang dapur pun susah d sebap kan barang2 sma dah naik harga…

  24. Jom Kita tunjuk kuasa rakyat gulingkan kerajaan sedia Ada tapi adakah parti politik Di Malaysia Yang menbela nasib rakyat ini Yang masalah….Yang Kaya Yang dapat elaun banyak macam adun pandai la sembang duit Hari Tua ….Yang Kami no rakyat Yang susah nak buat pinjaman tak Lepas nak buat apa tak boleh ni ….nak makan apa ….Ada Ka terpikir

  25. Hahaha btol tu bro . Cite dye skrng ni yg tngh memerlukn bkknnye bdk2.. dh 30 han ke ats smua.. dh tua smua.. nk pikir utk msa tua kami bt apa.. pikir apa yg hgpa nk jawab dkt sana nanti lgi bgoih

  26. yg duk kt atas tlong2 la kmi kt bwah ni…..rm10k bgi kmi bleh la lpas ssak…byr utang,bil yg trtggak dan mnerusan hdup dng tnggungan kmi ni ….jng lpas pndang kitakn bru je lalui cvid19 jng pndang ari tua plak nun jauh g bgi kmi brusia 40an ni…..isykallah klu pnjang umur ad 20thn ckup la bgi kmi…..d pndek cete PIKIR2KAN RAYUAN RAKYAT YG MRMELUKAN I'CITRA TU….TakBiiiiiiRR……AaaallllhhhHhuuuUuuaAakkkBbBBaaRRRR…..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button