BERITA

‘Kita tidak tahu dokumen itu betul atau tidak’- Ismail Sabri

 

Beliau berkata dokumen empat muka surat yang tular Rabu lalu tidak dapat dipastikan kesahihannya.

 

“Kita pun tidak tahu dokumen itu betul atau tidak,” katanya ringkas ketika ditemui pemberita selepas pelancaran buku Keluarga Malaysia Keluarga Sejahtera di sini pada Jumaat.

 

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kebocoran dokumen tersebut.

 

Sebelum ini, empat keping tangkap layar mengenai percaturan politik Pas antaranya menyentuh mengenai campur tangan dalam urusan mahkamah, menjadi tular di media sosial.

 

Dokumen tersebut diklasifikasikan sebagai sulit itu dipercayai merupakan minit mesyuarat Pas yang diwakili oleh Setiausaha Agung, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dengan beberapa pemimpin kanan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Tun Dr Mahathir Mohamad dan pemimpin UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button