BERITA

KJ Akan Umum Anggota Pasukan Petugas Bebas Untuk Siasat Budaya Kerja Di Hospital

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melantik pasukan petugas bebas di seluruh hospital susulan kejadian buli di Hospital Pulau Pinang baru-baru ini.

 

Memetik daripada ciapan Twitter Menteri Kesihatan, Khairy Jamaludin berkata pasukan petugas bebas ini akan diberi masa selama dua bulan untuk menyiasat budaya kerja di hospital di bawah KKM.

 

“Saya tidak mahu budaya kerja yang toksik di hospital KKM. Zaman dahulu dan zaman sekarang lain. Persekitaran kerja mesti ada saling menghormati, sokongan dan pemerkasaan, bukan bersifat mendera dan memalukan,” katanya menerusi hantaran di Twitter.

 

Katanya beliau telah melawat dan mendengar pengalaman doktor pelatih di Hospital Selayang sebelum mereka melakukan ‘rondaan’ pagi ini, selain turut memuat naik beberapa gambar hasil pertemuannya dengan mereka.

 

“Banyak perkara yang diluahkan kepada saya. Ada jabatan yang mempunyai ‘persekitaran kerja’ yang bagus. Ada pula yang boleh diperbaiki,” katanya.

 

Terdahulu, pada 17 April lepas, seorang doktor pelatih lelaki berusia 25 tahun ditemukan maut dipercayai terjatuh dari unit kediamannya di bangunan berhampiran Hospital Pulau Pinang, dan semalam Khairy memaklumkan Unit Integriti KKM diarah menjalankan siasatan lanjut berhubung dakwaan buli di hospital itu.

Mendengar pengalaman doktor pelatih pagi ini sebelum mereka memulakan ‘rounds’ mereka pada jam 6 pagi di Hospital Selayang. Banyak perkara yang diluahkan kepada saya. Ada jabatan yang mempunyai ‘work environment’ yang bagus. Ada pula yang boleh diperbaiki. pic.twitter.com/3kKiS2feRJ

— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) May 13, 2022

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button