BERITA

KJ Berpakaian Biasa Buat Lawatan Mengejut Ke Hospital Kajang, Staf Kesihatan Puji “Macam Ni Baru Tahu Keadaan Sebenar”

Tular di media apabila Menteri kesihatan Malaysia iaitu YB Khairy Jamaluddin yang pergi membuat lawatan ke Hospital Kajang secara mengejut.

 

Difahamkan Menteri Kesihatan Malaysia itu mengunjungi Hospital tersebut dengan hanya memakai pakaian biasa tanpa ada protokal pakaian rasmi. Difahamkan juga hanya seorang pegawai sahaja yang ikut mengiringinya ke Hospital tersebut.

 

Dalam lawatan itu, beliau dilihat menyapa petugas sambil melihat keadaan hospital itu. Netizen mengesyaki bahawa lawatan pada cuti hujung minggu itu pasti tidak diketahui oleh pihak atasan hospital.

Spotted in Hospital Kajang. Ini baru betul bila kita kata lawatan mengejut. Memang boleh tercabut jantung staf bila nampak YBMK datang macam ni je.

Good job YB @Khairykj pic.twitter.com/ide1dItz22

— Khairul Hafidz (@khairul_hafidz) September 18, 2021

 

Kebanyakan netizen berkata bahawa lawatan mengejut seperti ini perlu dilakukan untuk mengetahui keadaan sebenar hospital di negara kita ini.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button