BERITA

Kontraktor Tidak Sanggup Bina Rumah PPRT Harga RM55,000

 

PETALING JAYA: Tidak ada kontraktor yang sanggup membina rumah di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) kecuali harganya dinaikkan kepada RM67,000 sebuah. 

 

Timbalan Menteri Pemba­ngunan Luar Bandar, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, harga RM56,000 yang ditetapkan untuk membina satu unit rumah PPRT ketika ini tidak mencukupi susulan kenaikan kos bahan binaan.

 

“Sebuah rumah PPRT sekarang ini memerlukan lebih kurang RM67,000 sebuah untuk pelaksanaan,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, semalam.

 

Sehubungan itu, kerajaan akan membuat garis panduan baharu terhadap Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) bagi memastikannya dapat dilaksanakan tahun ini berikutan tiada kontraktor yang sanggup membina rumah itu pada kadar semasa.

 

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Mohd Salim Sharif (BN-Jempol) yang ingin tahu sama ada kementerian berkenaan bercadang meningkatkan peruntukan bagi memastikan sebuah rumah PPRT berharga RM56,000 dapat disiapkan ekoran kebimbangan mengenai kos pembinaan rumah PPRT sudah sudah menjangkau hampir RM70,000.

 

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, pihak kementerian memperuntukkan RM360 juta untuk pembinaan PPRT di seluruh negara iaitu RM178 juta untuk membina 2,503 buah rumah baharu dan RM182 juta bagi tujuan membaik pulih 11,353 rumah.

 

“Kebimbangan saya adalah mengenai keupayaan kontraktor kecil luar bandar untuk menyiapkan rumah pada harga tersebut. Kerajaan perlu memberikan perhatian serius terhadap isu ini dengan mengambil kira kos bahan binaan semasa supaya rumah yang disiapkan akan kekal berkualiti dan selamat untuk diduduki,” katanya.

 

Sementara itu, beliau berkata kementeriannya tidak mempunyai ‘projek sakit’ di Sabah dan sentiasa mengadakan perbincangan dan kerjasama dengan kerajaan negeri bagi memastikan sebarang projek dilaksanakan mengikut perancangan.

 

Sumber: UTUSAN

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button