BERITA

Kutip Hutang Cara Yang Betul, Hutang Bawah RM5,000, Tak Perlu Peguam

Isu hutang bukanlah perkara yang mudah untuk diselesaikan, lebih-lebih lagi ketika si peminjam yang janis liat nak bayar hutang.

 

Sudah cukup baik hati kita nak bagi pinjam dengan harapan si peminjam membayar balik hutangnya pada masa yang dijanjikan.

 

Namun sebaliknya yang berlaku, oleh itu ini adalah cara-cara untuk memgutup hutang melalui prosidur cara kutip hutang melalui mahkamah.

@syafiqsb123 Reply to @mohd_rasol walk in ke Mahkamah Majistret + bawa semua bukti hutang. #law #learnontiktok #fyp #hutang ♬ Breakbeats Bang Jono – SZ.Bowo😎🤙

 

Contoh situasi:

 

Pada 2 tahun yang lepas, Faizal ada meminjamkan duit sebanyak RM 4,500 kepada Saiful yang memerlukan duit bagi memulakan perniagaan. Saiful berjanji kepada Faizal bahawa duit tersebut akan dibayar dalam masa 6 bulan. Namun, sehingga sekarang, Saiful masih belum bayar balik hutang sebanyak RM 4,500 tersebut kepada Faizal. Apa yang Faizal boleh lakukan untuk menuntut kembali hutang sebanyak RM 4,500 daripada Saiful?

 

Sebelum itu, apakah contoh-contoh kes yang boleh dibawa dalam Saman Tuntutan Kecil?

 

–         Kes Hutang

–         Kes tunggakan sewa

–         Kes tuntutan gantirugi barang rosak

–         Kes tunggakan gaji yang tak dibayar

–         Kes tuntutan perkhidmatan/kerja-kerja yang dah dibuat tetapi tak dibayar

 

Ingat ya, yang penting jumlahnya tidak boleh melebihi RM 5,000. Kalau lebih, kena bawa ke mahkamah sivil biasa.

 

PROSEDUR SAMAN TUNTUTAN KECIL

 

1. Pergi ke Mahkamah Majistret terdekat dan terus ke Bahagian Tuntutan Kecil.

 

Ambil borang 198 iaitu Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan. Borang ini percuma sahaja.

 

Lengkapkan Borang 198 seperti berikut:

 

–         Isi nama Plaintif (orang yang buat tuntutan), nombor kad pengenalan dan alamat.

–         Isi nama Defendan dan alamat terakhir Defendan yang diketahui.

–         Isi jumlah tuntutan dengan tepat (tak boleh lebih RM 5,000)

–         Nyatakan tarikh bila dan cerita bagaimana tuntutan boleh bermula

–         Tandatangan Borang 198

–         Failkan 4 salinan Borang 198 di Kaunter tersebut (RM 20)

–         Setelah dicop, akan ada tarikh untuk Pendengaran.

 

2. Buat serahan Borang 198 kepada Defendan.

 

Cara serahan ada 2 iaitu:

 

–         Serahan tangan (sendiri ataupun boleh upah runner, Lalamove etc.)

–         Pos berdaftar (simpan resit pengeposan sebagai bukti serahan)

 

3. Kehadiran Defendan

 

Selepas dah buat serahan kepada Defendan sama ada serahan tangan atau pos berdaftar, tunggu 14 hari untuk tengok sama ada Defendan akan jawab atau tidak Borang 198 tersebut.

 

Berikut adalah contoh keadaan yang mungkin terjadi:

 

a) Defendan terima Borang 198 dan pertikaikan Tuntutan Plaintif:

–         Defendan perlu failkan Borang 199 iaitu Pernyataan Pembelaan dalam masa 14 hari dari tarikh serahan Borang 198 dan serahkan Borang 199 kepada Plaintif.

 

b) Defendan terima Borang 198 tapi tak failkan Borang 199 dalam masa 14 hari dari tarikh serahan:

–         Plaintif boleh failkan Borang 201 iaitu Penghakiman Ingkar Pembelaan untuk dapatkan tuntutan terhadap Defendan termasuk kos (biasanya RM100)

 

c) Defendan terima Borang 198 dan failkan Borang 199 tapi gagal hadir semasa Pendengaran:

–         Plaintif boleh failkan Borang 202 iaitu Penghakiman untuk dapatkan tuntutan terhadap Defendan termasuk kos.

 

d) Defendan terima Borang 198 dan mengaku kepada tuntutan Plaintif:

–         Plaintif boleh terus failkan Borang 204 untuk dapatkan tuntutan jika Defendan mengaku dan tak pertikaikan tuntutan Plaintif.

 

e) Defendan terima Borang 198, hadir ke Pendengaran dan kedua-dua Plaintif dan Defendan setuju untuk selesaikan tanpa masuk Pendengaran:

–         Plaintif boleh failkan Borang 206 iaitu Penghakiman Persetujuan dengan syarat masing-masing yang dipersetujui

 

4. Pendengaran di hadapan Majistret.

 

Jika dalam keadaan (a) di atas iaitu Defendan failkan Pembelaan dan hadir ke Mahkamah untuk Pendengaran, maka Plaintif perlu bersedia dan bawa dokumen-dokumen yang berkaitan dengan tuntutan. Contoh kalau kes hutang boleh bawa salinan resit dan ‘screenshot’ whatsapp yang menunjukkan memang ada hutang dan sebagainya.

 

5. Failkan penghakiman di Mahkamah Majistret.

 

Dalam Pendengaran, kalau Plaintif berjaya buktikan tuntutan dan Majistret benarkan tuntutan terhadap Defendan, Plaintif boleh failkan Borang 207 iaitu Penghakiman selepas Perbicaraan di Mahkamah dengan bayaran RM20 dan perintahkan Defendan untuk bayar jumlah tuntutan termasuk kos.

 

Macam mana kalau selepas dapat Penghakiman pun, Saiful masih taknak bayar kepada Faizal?

 

Kalau Saiful/Defendan masih gagal bayar jumlah penghakiman, Plaintif boleh failkan Borang 208 untuk arahkan Defendan (Penghutang Penghakiman) untuk hadir ke mahkamah supaya pelaksanaan penghakiman boleh dijalankan.

 

Untuk pengetahuan anda, dalam Saman Tuntutan Kecil, pihak-pihak tidak boleh diwakili oleh peguam melainkan pihak-pihak yang terlibat adalah sebuah syarikat ataupun badan berkanun.

 

Walaupun tidak boleh diwakili peguam tetapi pihak-pihak masih boleh mendapatkan konsultasi daripada mana-mana peguam sebelum memulakan kes.

 

Semoga bermanfaat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button