PERMOHONAN RAKYAT

KWSP RM10K – Baca Ini Dahulu Sebelum Anda Mohon Online

 

Mengenai pengumuman daripada YAB Perdana Menteri Ismail Sabri baru-baru ini, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan memperkenalkan pengeluaran KWSP RM10,000 untuk ahli-ahli yang terkesan dengan pandemik.

 

Berikut adalah info ringkas mengenai Pengeluaran Khas KWSP 10k.

 

Pengeluaran Khas KWSP 10K

·        Terbuka kepada ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah

·        Permohonan bermula pada 1 April – 30 April 2022

·        Permohonan online

·        Pembayaran dibuat bermula pada 20 April 2022

 

Maklumat Penting

·        Jumlah pengeluaran minimum adalah RM50 sehingga RM10,000

·        Pengeluaran adalah tertakluk kepada baki simpanan di Akaun 2.

·        Jika tak cukup, simpanan Akaun 1 akan diakses

·        Selain daripada pengeluaran ini, KWSP juga ada perkenalkan i-Ceria dan i-Sayang.

 

Info Tambahan

Nantikan info lanjut mengenai Pengeluaran Khas ini di laman rasmi dan sosial media KWSP tidak lama lagi.

 

Nak dapatkan info cepat, join komuniti Group Bantuan Sara Hidup FB di mana segala info pantas mengenai bantuan kerajaan akan dikongsi di sini.

 

Apa itu Pengeluaran Khas KWSP?

Pengeluaran Khas KWSP adalah pengeluaran RM10,000 di mana ahli dibenarkan untuk buat pengeluaran sehingga RM10k.

 

Bilakah tarikh permohonan?

Tarikh permohonan bermula pada 1 April sehingga 30 April 2022.

 

Bilakah akan dapat RM10k KWSP?

Pembayaran akan dibuat bermula pada 20 April 2022.

Related Articles

One Comment

  1. We need the withdrawal of KWSP. I need RM10k to survive, to pay for my house rental, car payment and house things to buy.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button