BERITA

KWSP Umum Butiran Penuh Permohonan Untuk Pengeluaran Khas RM10,000

 

Sebelum ini, Kerajaan Malaysia bersetuju membenarkan pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Nasional (KWSP) sebanyak RM10,000 khusus buat para pencarum.

 

Terbaharu, KWSP telah mengumumkan langkah untuk mengeluarkan RM10,000 bagi memudahkan permohonan para pencarum. Para pencarum KWSP boleh membuat permohonan melalui portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my yang boleh diakses melalui aplikasi i-Akaun mulai 1 April 2022.

 

Sedia maklum, permohonan pengeluaran ini hanya terbuka kepada ahli di bawah umur 55 tahun dan pembayaran akan dibuat dalam satu bayaran serta dikreditkan ke dalam akaun bank simpanan atau semasa ahli.

.@KWSPMalaysia umum cara keluarkan rm10,000 pic.twitter.com/iSwgAcX2h3

— Ibrahim Sani (@ibrahimsaninet) March 29, 2022

 

Untuk pengetahuan anda, permohonan pengeluaran khas ini akan bermula pada 1 April 2022 dan ditutup pada 30 April. Semakan status permohonan pula boleh dilakukan pada 9 April 2022 dan pembayaran akan bermula pada 20 April 2022.

 

Bagi anda yang terlepas pengumuman tersebut, klik pautan di bawah untuk ketahui lanjut.

 

– thevocket.com

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button