BERITA

Laksana TVET Waktu Tingkatan 1, Bukan Tingkatan 4

 

SHAH ALAM – Bekas Ketua Pengarah Pendidikan berpandangan program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) perlu dilaksanakan lebih awal iaitu ketika di Tingkatan 1 berbanding Tingkatan 4 ketika ini bagi memberi peluang kepada pelajar memilih bidang kemahiran yang mereka minati.

 

Menurut Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, pelajaran TVET amat diperlukan pada masa kini kerana skopnya luas di mana pelajar boleh memilih sama ada mahu bekerja dalam sektor industri atau melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi.

 

“Orang yang ada kemahiran teknikal boleh menjana pendapatan tinggi kerana kemahiran ini bukan semua orang ada.

 

“Jika tidak ingin sambung belajar, mereka boleh masuk ke dalam industri. Dengan adanya kemahiran itu, mudah untuk mereka cari kerja atau buka syarikat sendiri,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

 

Sumber: sinarharian

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button