BERITA

Lelaki Sedih Dipermainkan, Kekasih Tiba2 Kongsi Gambar Tunang Dengan Orang Lain

 

Setiap pasangan kekasih pasti menginginkan agar hubungan yang terbina berkekalan sehingga ke jinjang pelamin. Paling utama ketika menjalani hubungan percintaan adalah kejujuran dan tidak mempergunakan pasangan untuk kepentingan diri sendiri.

 

Namun begitu, masih ada individu yang bertindak ‘jahat’ dengan sesuka hati mempermainkan perasaan orang lain sedangkan pasangannya ikhlas mencintainya.

 

Harini keluar sama, esok kekasih tunang dengan orang lain

 

Hal tersebut dikongsikan oleh satu akaun TikTok dikenali sebagai @terlalucomplicated apabila memuat naik video tangkapan skrin perbualan di aplikasi WhatsApp yang meluahkan rasa kecewa atas tindakan kekasihnya bertunang dengan orang lain.

@terlalucomplicated

Hebat permainan dia,semalam keluar elok2,harini dah jadi tunang orang lain,manusia memang takda hati perut macam ni gamaknya..

♬ Pasti – Cherpen Band

 

Menerusi kapysen yang disertakan, dia mendakwa yang wanita tersebut baru sahaja keluar dengannya sehari sebelum ‘kantoi’ bertunang dengan orang lain.

 

Bukan itu sahaja, mereka juga sempat bergurau manja dan wanita itu menyatakan akan sedikit sibuk kerana ingin menghadiri majlis pertunangan rakannya. Namun ternyata, dia sendiri yang bertunang.

 

Wanita tu kata dia single

 

Bagi menjawab beberapa persoalan, lelaki yang dikenali sebagai Aiman itu memaklumkan yang dia sendiri pernah bertanya sama ada wanita tersebut telah berpunya ataupun belum ketika diawal perkenalan kerana bimbang menjadi orang ketiga.

 

Akan tetapi, wanita itu menyatakan yang dia ‘single’ sebelum kantoi bertunang dengan orang lain.

@terlalucomplicated Reply to @chaaikram ♬ original sound – Gãlîh1928🐅 – Galih1928🐅

 

Dicurangi pun dah sakit apatah lagi ditunangi

 

Tindakan tersebut nyata membuatkan banyak pihak berasa geram dengan perilaku wanita itu kerana sesuka hati mempermainkan perasaan lelaki lain demi kepentingan sendiri.

 

Ramai yang mengecam apa yang dilakukan wanita terbabit kerana memahami perasaan lelaki berkenaan yang ditipu serta dipermalukan sebegitu rupa.

Pedihnya bila jadi pilihan kedua

Kejam betul perempuan tu

Berat ujian kau bro. Terus kuat

Sabar ya Aiman


Cuma nak luah, jangan kecam tunang kekasih

Walau bagaimanapun, lelaki yang dikenali sebagai Aiman itu menjelaskan yang dia hanya meluahkan apa yang dirasa dan berharap netizen tidak mengecam lelaki yang menjadi tunang kekasihnya.


Dia turut berterima kasih kepada semua yang prihatin dengan nasibnya dan menjelaskan yang dia sama sekali tidak tahu status kekasihnya kerana wanita itu tidak jujur sepanjang mereka menjalinkan percintaan.

Sumber: TikTok @terlalucpmplicated

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button