BERITA

Lelaki ‘Sekolahkan’ Pemandu Berhenti Dalam Petak Kuning

 

PETALING JAYA – Masih ramai pemandu di luar sana yang tidak memahami peraturan jalan raya sehingga menyusahkan pengguna yang lain.

 

Semalam, tular rakaman kamera papan pemuka (dashcam) milik @alang_jebon memaparkan tindakan seorang pemandu sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) berhenti di petak kuning di simpang tiga.

 

Sehubungan itu, lelaki tersebut berang dengan tindakan pemandu berkenaan dan akhirnya berlaku perbalahan antara mereka.

 

Dapat dilihat, pemilik video menghentikan kenderaannya di sebelah kenderaan pemandu itu dan meluahkan kemarahannya dengan menggunakan kata-kata kesat sebagai tanda tidak puas hatinya.

 

“Aku tumbuk muka kau nanti, petak kuning kan,” katanya dengan nada yang marah.

 

Perkongsiannya di media sosial sejak semalam telah mendapat perhatian ramai yang rata-ratanya turut berasa geram dengan sikap pemandu yang tidak bertanggungjawab seperti itu.

 

Mereka juga menyokong dan berasa puas melihat tindakan berani lelaki tersebut memarahi pemandu tidak berhemah itu.

 

“Abang, abang salah, kesalahan abang maki sikit sangat, patutnya bagi ceramah panjang sikit, memandu tapi menyusahkan orang lain,” komen seorang pengguna.

 

“Memang ramai pemandu tak ada otak macam itu, ingat petak kuning hiasan atas jalan raya, kalau tak tahu peraturan, baca sampai pandai, baru bawa kereta,” luah Syairul Nafi.

 

“Bagus abang marah, puasa hati dengar,” ujar Manap.

 

– KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button