PERMOHONAN RAKYAT

LHDN : Cara Membuat Permohonan Geran Khas Prihatin (GKP) RM3000 Untuk Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS)

Dalam Laporan Laksana Prihatin Kedua, YB Tengku Dato’ Sri Zafrul Aziz menyatakan bahawa permohonan Geran Khas PRIHATIN khusus untuk perniagaan mikro akan dibuka mulai 1 Mei 2020 dan diuruskan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Perniagaan mikro yang layak akan mendapat RM3,000 setiap seorang/ syarikat. Bantuan ini akan memanfaatkan hampir 700,000 PKS Mikro di seluruh Malaysia.
Selain daripada Geran Khas PRIHATIN, kerajaan turut mengumumkan Program Subsidi Upah PERKESO dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat.

PERMOHONAN GERAN KHAS PRIHATIN RM3000 UNTUK PKS MULAI 1 MEI 2020
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Geran Khas PRIHATIN termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :
Tarikh Permohonan : Mulai 1 Mei 2020
APA ITU GERAN KHAS PRIHATIN?
Geran Khas PRIHATIN (GKP) adalah bantuan kewangan secara one-off berjumlah RM3,000 kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan mereka yang terjejas akibat wabak COVID-19.

SYARAT KELAYAKAN GERAN KHAS PRIHATIN

Antara syarat-syarat kelayakan Geran Khas PRIHATIN adalah seperti berikut :
1. Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia.
2. Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:
  • Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000
  • Jumlah pekerja kurang daripada 5 orang, tidak termasuk pemilik;

3. Berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Disember 2019.
4. Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.
5. Semakan silang data dengan agensi yang dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia.
KADAR NILAI GERAN KHAS PRIHATIN
Jumlah nilai Geran Khas PRIHATIN adalah RM3,000 yang akan dibayar secara one-off.
CARA MEMBUAT PERMOHONAN BAHARU GERAN KHAS PRIHATIN (GKP)
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal GKP https://gkp.hasil.gov.my yang disediakan oleh LHDNM. Permohonan secara manual tidak akan diterima. Permohonan Geran Khas PRIHATIN dibuka mulai 1 Mei 2020 hingga 15 Mei 2020.

Laman Utama Sistem Geran Khas Prihatin (GKP)
PERMOHONAN BAHARU GERAN KHAS PRIHATIN (GKP)
  1. Klik Butang Geran Khas Prihatin (GKP) seperti dipaparan
  2. Masukkan No. Kad Pengenalan/MyKad 12 Digit (cth: 721025105313) yang telah didaftarkan dan klik butang ‘search’.
  3. Klik butang Permohonan Baharu untuk membuat permohon.
  4. Untuk Makluman Pemohon, Maklumat seperti Nama dan NoKP adalah berdasarkan Data Agensi yang diterima. Satu mesej pemberitahuan akan dipaparkan. Sila tekan OK.
  5. Isi Maklumat Diri ,Maklumat Pasangan (jika berkenaan) dan Maklumat Perniagaan dengan tepat.
  6. Klik Butang ‘Teruskan’ setelah memasukkan semua maklumat dengan tepat
  7. Pengesahan Captcha – Isi Captcha dengan betul dan klik pada butang Sahkan Captcha.
  8. Akuan Pengesahan, pemohon hendaklah menandakan di ruang berkenaan sekiranya bersetuju dengan syarat-syarat yang ditetapkan.
  9. Setelah Permohonan Berjaya dihantar pemohon boleh untuk mendaftar pemohon diberi pilihan untuk mendaftar akaun bagi tujuan Log Masuk. Jika tidak Pemohon boleh memilih untuk Butang Tidak

CARA SEMAKAN STATUS GERAN KHAS PRIHATIN
Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan bermula pada minggu pertama Jun 2020. Pemohon perlu membuka akaun di dalam web Geran Khas Prihatin di secara dalam talian melalui Portal GKP https://gkp.hasil.gov.myyang disediakan oleh LHDNM.

Daftar Akaun di Laman Utama Sistem Geran Khas Prihatin (GKP) Untuk Semakan Kelulusan
PENDAFTARAN AKAUN GKP
  1. Pemohon yang ingin mendaftar Akaun dikehendaki mendaftar Frasa Keselamatan dan Pilih 5 (Lima) pilihan soalan keselamatan berserta jawapan anda. *Format frasa keselamatan adalah: Hanya huruf dan nombor sahaja dan Aksara khas / Simbol tidak dibenarkan
  2. Paparan jawapan bagi pilihan soalan yang telah dijawab akan dipaparkan. Klik butang teruskan atau Kembali jika ingin mengubah jawapan.
  3. Kata Laluan juga perlu didaftarkan bagi urusan Log Masuk. Kekuatan Kata Laluan ditentukan oleh warna. Kata Laluan yang Bagus dan unik adalah berwarna Hijau.
  4. Selesai Pendaftaran Akaun, Pemohon boleh klik Butang Log Masuk untuk Log Masuk menggunakan kata Laluan yang didaftarkan dan membuat semakan borang permohonan yang didaftarkan.



CARA BAYARAN GERAN KHAS PRIHATIN
Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank pemohon yang layak. Akaun bank mestilah aktif.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan Geran Khas PRIHATIN dengan melayari portal rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my atau klik pada pautan soalan lazim (FAQ) GKP di http://www.hasil.gov.my/pdf/pdfam/FAQ_GKP_1.pdf.
PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI YANG DITUNGGU OLEH PENGUASA PKS
Semoga dengan pengumuman ini akan memberi sinar dan harapan kepada pengusaha-pengusaha PKS Mikro di negara kita ini terutamanya kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana yang terjejas ekoran penularan wabak covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang dikuatkuasakan di Negara kita ini.
Setinggi perhargaan kepada pihak kerajaan di atas keprihatinan serta tanggungjawab yang dilaksanakan kepada hampir 34 juta rakyat di Negara ini.

Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak selaku persatuan usahawan yang prihatin akan sentiasa mengemaskini panduan dan info-info terkini untuk rakyat Malaysia secara amnya dan secara khusus untuk mereka yang bergelar ‘Usahawan’. Insyallah..

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button