BERITA

Majoroti Setuju Pengeluaran Terakhir Caruman KWSP

 

Majoriti Setuju Pengeluaran Terakhir KWSP

Baru-baru ini, banjir kilat melanda Lembah Klang mengakibatkan banyak kereta yang nyaris tenggelam. Pastinya kos pembaikpulih bukannya sedikit dan bukan sedikit, tetapi ramai yang terjejas. Apatah lagi, baru sahaja 3 bulan lepas menghadapi bencana banjir yang sama. Kerugian demi kerugian terpaksa dihadapi.

 

Bebanan dihadapi rakyat ini sekurang-kurangnya akan sedikit reda jika sebahagian wang simpanan mereka dapat diluluskan untuk pengeluaran terakhir daripada institusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

 

Menurut Pusat Penyelidikan Undian UCSI, kajian membuktikan bahawa 76% responden yang terlibat dalam kajian berkaitan KWSP yang bersetuju pengeluaran caruman terakhir. Hanya sedikit iaitu 24% lagi tidak bersetuju.

Antara yang memilih ‘Ya’ untuk pengeluaran KWSP adalah;

66% – Memerlukan wang untuk teruskan hidup

 

58% – Dana sokongan kerana ketidakpastian sepanjang pandemik

 

28% – Pelaburan untuk pulangan yang lebih baik daripada KWSP

 

10% – Leisure (bercuti/beli gajet/fesyen dan lain-lain)

 

5%   – Lain-lain alasan

 

Sementara itu, responden yang memilih ‘Tidak’, ini alasannya :

55% – Bimbang persaraan saya

 

44% – Pulangan KWSP baik dan selamat

 

30% – Ekonomi semakin pulih dan yakin dapat tampung kehidupan

 

23% – Tidak perlukan wang KWSP

 

3%   – Lain-lain alasan

 

Daripada kaji selidik ini, sebanyak;

 

53% responden telah membuat pengeluaran melalui skim i-Sinar/i-Citra

 

47% lagi tidak membuat sebarang pengeluaran.

 

Dapatan kajian turut mendapati 69% responden yang telah membuat pengeluaran melalui skim i-Sinar/ i-Citra mengatakan mereka akan menyimpan semula jumlah pengeluaran mereka ke dalam akaun KWSP selepas ekonomi mereka pulih.

 

Selebihnya, 31% memilih tidak.

 

Kesan Kepada Pelan Persaraan

Seterusnya, kaji selidik bertanyakan sama ada pengeluaran lagi bakal memberi kesan kepada pelan persaraan mereka, keputusan menunjukkan;

 

37% responden memilih ‘Ya’

 

41% memilih ‘Tidak’

 

22% mengatakan ‘Tidak Pasti’.

 

Majoriti yang telah membuat pengeluaran KWSP di bawah skim i-Sinar/i-Citra adalah daripada generasi X (79%) dan Generasi Y (70%).

 

Kedua-dua generasi ini juga memilih pengeluaran lagi daripada akaun KWSP dibenarkan dengan 86%.

 

Demikian laporan kajian oleh Pusat Penyelidikan Undian UCSI yang membabitkan seramai 1,211 pekerja di Malaysia. Bayangkan dapatan kajian jika seluruh pencarum KWSP dikaji selidik. Mungkin yang memilih bersetuju untuk pengeluaran terakhir KWSP adalah hampir 100%.

 

Diharapkan dapatan kajian ini membuka hati pihak berkenaan untuk meluluskan pengeluaran terakhir caruman KWSP buat kelangsungan hidup rakyat.

 

Kredit : Malaysiagazette

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button