PERMOHONAN RAKYAT

[MAKLUMAT PENTING] ~ Cara Permohonan Lanjutan Moratorium Untuk Golongan B40, M40, T20 Secara AUTOMATIK

 

Susulan ucapan Belanjawan 2021 oleh Menteri Kewangan, Bank Negara Malaysia (BNM) ingin menyampaikan maklumat tambahan tentang langkah-langkah yang diumumkan untuk isi rumah dan perniagaan yang terjejas akibat COVID-19.

 

Langkah-langkah ini merupakan sebahagian daripada usaha yang berterusan oleh industri kewangan untuk membantu memulihkan ekonomi, di samping memelihara kesejahteraan sumber pendapatan rakyat Malaysia.

 

BNM menyedari bahawa situasi masih mencabar bagi sesetengah peminjam. Oleh itu, untuk membantu individu dan perniagaan yang pendapatan mereka terjejas akibat pandemik, BNM akan menyediakan kemudahan pembiayaan tambahan; fleksibiliti yang dipertingkat di bawah Bantuan Bayaran Balik Pinjaman Bersasar

 

 

SIAPA YANG LAYAK BUAT PERMOHONAN?

 

  1. Golongan B40
  2. Golongan M40
  3. Golongan T20

 

Maklumat Tambahan:

  • Untuk makluman, lanjutan ini tidak akan menjejaskan laporan kredit CCRIS peminjam.

 

CARA PERMOHONAN LANJUTAN MORATORIUM

 

Mereka yang ingin membuat permohonan lanjutan moratorium dan fleksibiliti bayaran balik pinjaman boleh ikuti cara-cara yang disediakan di bawah:

 

Seperti yang dinyatakan oleh YBMK dalam ucapan Penggulungan Belanjawan 2021:

 

Golongan B40 (BSH/BPR) dan peniaga kecil/mikro HANYA perlu:

  1. Hubungi bank
  2. Pilih sama ada moratorium selama 3 bulan atau pengurangan ansuran bulanan sebanyak 50% untuk 6 bulan 
  3. KELULUSAN diberi secara AUTOMATIK ✅

  

Golongan M40 Dan T20 (BPN) 

  1. Hubungi bank
  2. perlu membuat pengisytiharan kendiri (self-declaration) bagi mengurangkan ansuran bulanan
  3. Kelulusan diberi secara AUTOMATIK ✅

 

SENARAI GOLONGAN B40, M40, T20

 

 

NOMBOR TELEFON BANK

  1. Bank Simpanan Nasional: 1300-88-1900
  2. Maybank: 1-300-88-6688
  3. CIMB Bank: 03-62047788
  4. Bank Islam: 03-26900900
  5. Bank Rakyat: 1-300-80-5454
  6. Bank Muamalat: 1-300-88-8787
  7. Agro Bank: 1-300-88-2476
  8. AmBank: 03-21788888
  9. Affin Bank: 03-82302222
  10. Hong Leong Bank: 03-76268899
  11. Public Bank: 1-800-22-5555

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button