PERMOHONAN RAKYAT

Maklumat Penting Terkini, RM10K Pengeluaran Khas KWSP, Tarikh Pembayaran, Arahan Bayaran, Status Permohonan

Sejak minggu ini, rata-rata pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah berkongsi di media sosial mengenai permohonan pengeluaran RM10,000 mereka.

 

Walaubagaimanapun, kebanyakan dari mereka tertanya-tanya adakah status PERMOHONAN DITERIMA itu bermaksud lulus atau masih dalam proses?

 

Bila tarikh duit Pengeluaran Khas KWSP masuk?

Berdasarkan kenyataan KWSP, bayaran akan dibuat bermula 20 April 2022. Pengkreditan amaun ke akaun bank akan dibuat dalam tempoh 1-3 hari berkerja.

Sekiranya lewat daripada tarikh 1 April 2022, contohnya pada pertengahan bulan iaitu 15 April, mungkin anda akan menerima pembayaran lewat daripada 20 April 2022.

 

Jika anda mula memohon pada tarikh akhir iaitu 30 April 2022, kemungkina besar anda akan menjadi penerima yang paling lewat menerima duit KWSP masuk ke dalam akaun bank.

 

Cara bayaran arahan bayaran (PO) pengeluaran khas KWSP dan (DIRECT CREDIT)

 

Seperti yang anda sedia maklum, pembayaran pengeluaran khas KWSP akan dilakukan melalui kaedah pengkreditan terus (direct credit) ke dalam akaun bank yang aktif milik anda. Sebelum itu, sudahkan anda buat KEMASKINI NO TELEFON pengeluaran khas KWSP KWSP BAGI PROSES OTP/TAC

 

ARAHAN BAYARAN (PO) merupakan agihan pembayaran untuk sesuatau urusan melalui cek ataupun pemindahan wang. ARAHAN BAYARAN (PO) ini merupakan opsyen yang diberikan oleh pihak kwsp. Anda boleh abaikan ARAHAN BAYARAN (PO) pengeluaran khas KWSP jika anda memilih untuk menerima bayaran secara kaedah pengkreditan terus (direct credit) . Namun, jika anda tidak memiliki akaun bank, anda boleh memilih kaedah ini. Di ingatkan lagi , jangan lupa buat KEMASKINI pengeluaran khas KWSP

 

Jika anda memilih bayaran melalui arahan bayaran (PO), anda akan menerima notis pengambilan bayaran melalui arahan bayaran dari pihak bank pada tarikh yang ditetapkan .

 

Apa maksud permohonan diterima?

 

Menurut kenyataan KWSP sebelum ini, semakan status permohonan diterima adalah merupakan prosedur umum permohonan yang membolehkan pemohon membuat semakan & memastikan permohonan yang dihantar tidak mempunyai isu-isu lain.

 

Jika anda mempunyai masalah semasa membuat permohonan Pengeluaran Khas KWSP seperti tidak dapat SMS OTP/OTC.

 

Terdapat beberapa yang anda perlu kemaskini termasuklah nombor telefon KWSP yang tidak aktif.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button