PERMOHONAN RAKYAT

Maksud Kod Tidak Lulus BKM & Dokumen Diperlukan Untuk Buat Rayuan

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah. Bantuan Keluarga Malaysia telah diumumkan dalam Bajet 2022 dan akan memberi manfaat kepada isi rumah B40 & M40, warga emas dan bujang.

 

Orang ramai dah boleh mula buat semakan status kelulusan masing-masing mulai 28 Mac 2022 dan akan terima bayaran mengikut jadual pembayaran yang ditetapkan. Bagi yang tidak lulus, anda masih berpeluang untuk buat permohonan rayuan mulai 2 Mei 2022.

 

Apa kod tidak lulus Bantuan Keluarga Malaysia anda? Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui dokumen diperlukan untuk buat permohonan rayuan bagi setiap kod tidak lulus yang dinyatakan.

 

MAKSUD KOD TIDAK LULUS BKM & DOKUMEN DIPERLUKAN

 

Berikut adalah maksud-maksud kod tidak lulus BKM dan dokumen diperlukan untuk buat permohonanbrayuan:

 

Kod 04 Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon/ Pasangan melebihi RM5,000

 

📁 Tidak perlu sebarang pembuktian pendapatan

 

📁 Semakan pendapatan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MoF)

 

Kod 06 – Pemohon tidak melepasi syarat kelayakan bagi Kategori Bujang

 

📁 Semakan status Orang Kurang Upaya (OKU) akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kementerian Malaysia (MoF)

 

📁 Jika tidak wujud, dokumen asal dan salinan yang perlu dikemukakan ialah:

– Kad OKU yang berdaftar dengan JKM

 

📁 Bagi yang memenuhi syarat Bujang, anda hanya perlu buat permohonan rayuan dan kemaskini data sekiranya diperlukan

– Bujang atau lbu atau Bapa Tunggal/ Bali/ Janda/ Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan

– Had umur adalah 21 59 tahun; dan

– Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah

 

Kod 08 Hubungan Pertalian antara Anak danbPemohon/ Pasangan tidak sepadan dengan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)

 

📁 Dokumen asal dan salinan yang perlu

dikemukakan ialah:

i) MyKAD/ MyKID Anak

i) Sijil Lahir Anak/ Sijil Daftar Anak

Angkat ( bagi pengesahan hubungan

pertalian)

 

Kod 09 Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon melebihi RM2,500

 

📁 Tidak perlu sebarang pembuktian

pendapatan

 

📁 Semakan pendapatan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian

Kewangan Malaysia (MoF)

 

Kod 13 Pasangan berdaftar sebagai Pemegang Saham / Pengarah Syarikat / Perkongsian Liabiliti Terhad

 

📁 Semakan maklumat perniagaan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah ditarik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MoF)

 

Kod 15 Semakan rekod agensi mendapati jumlahbpemilikan kenderaan Pemohon / pasangan melebihi had kemampuan bagi kemampuan bagi golongan berpendapatan rendah B40

 

📁 Dokumen asal dan salinan yang perlu dikemukakan:

i) Dokumen penukaran hak milik Kenderaan

i) Dokumen penjualan/ Pelupusan Kenderaan

 

Kod 18 – Pemohon tidak menetap di Malaysialbbekerja/ belajar di Luar Negara berdasarkan rekod agensi

 

📁 Tidak perlu sebarang pembuktian menetap di Malaysia

 

📁 Semakan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MoF)

 

Kod 21 Pemohon wujud sebagai pasangan di permohonan lain

 

📁 i) Status Kahwin

– MyKAD Pemohon

-Sijil/ Surat Pengesahan perkahwinan (Jabatan Agama Islam/ Jabatan pendaftaran Negara/ Majlis Anak Negeri Sabah/ Pejabat Daerah Sarawak/ Pejabat Residen Sarawak/ JAKOA/ Ketua Perbumi @ Ketua Kaum selain Kaum lban)

 

📁 i) Status lbu Bapa Tunggal/ Balu/ Janda/ Duda Sijil/ Surat Pengesahan perkahwinan (Jabatan Agama Islam/ Jabatan pendaftaran Negara/ Majlis Anak Negeri Sabah/ Pejabat Daerah Sarawak/ Pejabat Residen Sarawak/ JAKOA/ Ketua Perbumi @ Ketua Kaum selain Kaum Iban)

– Sijil Lahir Anak (Jika melaporkan maklumat anak dalam permohonan)

 

Kod 32 Tarikh Perceraian memerlukan Salinan Sijil Perceraian yang dikeluarkan oleh Agensi Kerajaan

 

📁 Status Ibu Bapa Tunggal/ Balu/ Janda/ Duda

i) Sijil/ Surat Pengesahan Penceraian (Jabatan Agam Islam/ Jabatan Pendaftaran Negara/ Majlis Anak Negeri Sabah/ Pejabat Daerah Sarawak/ Pejabat Residen Sarawak/ JAKOA/ Tuai Rumah/ Ketua Peribumi @Ketua Kaum selain Kaum lban)

i) Sijil Lahir Anak (Jika melaporkan maklumat anak dalam permohonan)

 

Kod 33 Tarikh Kematian Pasangan memerlukan Salinan Sijil Kematian Pasangan

 

📁 Sijil Kematian Pasangan yang dikeluarkan oleh KPM

 

📁 Sijil Lahir Anak (Jika melaporkan maklumat Anak dalam permohonan

 

📁 Sijil Perkahwinan (Pembuktian maklumat pasangan yang meninggal dunia)

 

Permohonan rayuan bagi pemohon yang tidak lulusbadalah mulai 2 Mei 2022. Rujuk panduan di bawah:

 

PANDUAN PERMOHONAN RAYUAN BKM

 

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pernyataan berkenaan maksud kod tidak lulus BKM, anda boleh terus ke kaunter LHDN berdekatan atau hubungi talian 1 800 88 2747.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button