BERITA

Mengejutkan! Kisah Menarik Hubungan Tun Mahathir & Vladimir Putin Ramai Tak Tahu

Siapakah Vladimir Putin?

 

Apakah hubungan beliau dengan Tun Dr. Mahathir?

 

Secara mudahnya, Vladimir Putin dipilih menjadi Presiden Persekutuan Rusia yang ke-4, selepas proses “tandemokrasi” beliau dengan Dmitry Medvedev (Presiden ke-3) telah tamat.

 

Struktur politik Rusia amatlah berbeza sama sekali dengan kita, kerana mereka mengamalkan perlembagaan republik secara separa presiden, iaitu Presiden merupakan Agong negara.

 

Putin seringkali dikatakan bahawa beliau sentiasa meluangkan masa bersama Tun Dr. Mahathir.

 

Selepas Pilihanraya Presiden 2004, Putin telah menikmati kemenangan semula terhadap Nikolay Kharitonov, ketua parti komunis, sebanyak 71.9% dan lebih kurang 50 juta undi popular, dan selepas dari pertemuan dengan Tun Dr. Mahathir, Rusia telah menyambung reformasi ekonominya yang secara menariknya, lebih kurang sama dengan dasar Tun Dr. Mahathir. Ekonomi mereka melonjak naik!

 

Selepas pembubaran Kesatuan Soviet, pelbagai pembaharuan termasuk penswastaan yang tidak terkawal dan pasaran juga liberalisasi perdagangan sedang dijalankan. Tetapi, dibawah pimpinan Boris Yeltsin (Presiden pertama Rusia), ekonomi Rusia jatuh amat teruk sekali. Pada Oktober 1991, Yeltsin mengambil inisiatif seperti yang disyorkan oleh Amerika Syarikat dan serigala-serigala Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). Jutaan telah menjunam ke dalam kemiskinan, daripada 1.5% penduduk hidup dalam kemiskinan, dan kadar kemiskinan meningkat kepada 39% – 49% menjelang pertengahan 1993.

 

Dari sini kita dapat melihat cadangan IMF telah hampir menghancurkan Rusia. Tahniah, IMF.

 

Putin Ikut Cara Tun Dr. Mahathir. Kedua-dua mereka memilih untuk tidak menjadi liberal

 

Pembaharuan yang dibuat semasa Putin menjadi presiden Rusia telah dikritik hebat oleh negara-negara barat sebagai langkah yang tidak demokratik. Perkara yang sama berlaku dimana media barat mengkritik hebat Tun Dr. Mahathir pada tahun 1997, dan dasar-dasar yang diguna oleh Putin ketika itu hampir sama seperti Tun Dr. Mahathir.

 

Dasar ekonomi Putin adalah hampir sama dengan Tun Dr. Mahathir, di mana ekonomi dikawal oleh GLC. Ia adalah lebih seperti kapitalisme kerajaan. Ekonomi mereka tidak terlalu terbuka iaitu Russia mempunyai unsur-unsur kawalan, sama seperti Malaysia.

 

Rusia pada dasarnya membuang semua dasar ekonomi liberal (terbuka), sekitar tahun 2004-2008 seperti pembuangan pengaruh IMF dengan membayar dengan segera seperti yang Tun lakukan. Terdapat banyak dasar-dasar dan pembaharuan yang berlaku selepas pilihan raya kali kedua kalinya dari segi ekonomi, dalaman, dan banyak lagi.

 

Kebanyakkan yang berlaku di Rusia adalah hampir sama seperti semasa Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri selama 20 tahun. Walaupun Putin dikritik hebat, tetapi lihatlah apa yang Vladimir Putin telah capai, berakhirnya tahun 2007 dengan pertumbuhan yang berterusan, purata 7% setiap tahun sejak 1998. Pada tahun 2007, KDNK Rusia adalah $ 2,076,000,000,000 (est PPP), iaitu KDNK keenam yang terbesar di dunia dengan perkembangan KDNK sebanyak 8.1% daripada tahun sebelumnya.

 

Kedua-dua mereka memilih untuk tidak menjadi liberal dalam apa jua yang mereka lakukan atau memperkenalkan dasar-dasar baru untuk negara masing-masing. Itu adalah yang paling penting. Untuk kes Anwar, beliau mahu segala-galanya untuk menjadi liberal, dari masyarakat, ekonomi dan sebagainya. Ini tidak akan berhasil untuk kita. Menjadi terlalu liberal sebenarnya akan membuka pintu yang lebih luas kepada “pencuri” antarabangsa seperti Soros, untuk mencuri, mempengaruhi dan banyak lagi pengaruh negatif.

 

Vladimir Putin juga membaca buku-buku Tun Mahathir

 

Seperkara lagi, Vladimir Putin juga membaca buku-buku Tun Mahathir. Bukti boleh didapati dari salah satu ucapan beliau kepada Tun Mahathir selepas memberi Anugerah Persahabatan Rusia tertinggi kepada Tun:

 

“Mr. Prime Minister, in one of your books, you mentioned that the 21st century will become ‘The Global Century’ – the century of rapid, all round development of the Asia Pacific region. It looks as though, thanks in large part of your efforts, Malaysia has entered this century just as you said, it would”

 

Rusia agung-agungkan Tun Mahathir

 

Seperti mana yang diketahui juga, di Moscow, kelihatan gambar-gambar Tun Mahathir di papan iklan (billboard) dan di sepanjang jalan. Memang amat sedih apabila warga-warga, ahli-ahli ekonomi, dan kerajaan luar negara menjulang nama Tun Dr. Mahathir, Anugerah Allah yang sebenar, sedangkan kita di negara sendiri menghina beliau sebagai munafik dan lain-lain lagi. Cara beliau membangunkan Malaysia sehingga presiden mereka sanggup berjumpa Tun untuk meminta pandangan dari segenap segi.

 

Mahathir pilih jet perjuangan Rusia

 

Malaysia telah menandatangani kontrak bernilai AS$ 900 juta bagi pembelian 18 buah pesawat Su-30MKM pada 5 Ogos 2003. Dipercayai Rusia mula melatih 4 orang juruterbang dan 2 orang pegawai sistem senjata seawal tahun 2004. Pesawat Su-30MKM merupakan satu lagi variasi pesawat tempur pelbagai peranan yang dibangunkan berasaskan pesawat Sukhoi Su-30MKI ,yang mana diubahsuai mengikut keperluan pelanggan dari segi system avioniknya. Sebagai contoh, sistem ECM buatan Israel yang dipasang pada pesawat Su-30MKI telah ditukar dengan sistem-sistem buatan Rusia dan Afrika Selatan. Dua buah pesawat pra-pengeluaran Su-30MKI (dengan nombor badan 04 dan 05) telah diubahsuai untuk dijadikan sebagai pesawat prototaip Su-30MKM bagi menguji integrasi sistem-sistem avionik baru. Su-30MKM dibina di kilang Irkutsk, Siberia dan dua buah pesawat pertama secara rasmi telah diserahkan kepada Tentera Udara Diraja Malaysia pada 24 Mei 2007[1].

 

Pada 18 Jun, 2007, dua buah pesawat Su-30MKM (dengan nombor siri M52-01 dan M52-02) telah tiba di Pangkalan Tentera Udara Gong Kedak dengan menggunakan pesawat Antonov An-124-100. Dua buah pesawat kumpulan kedua diserahkan pada Julai/Ogos 2007. Pesawat Su-30MKM dengan nombor siri M52-04 telah dilihat berada Malaysia. Tiga juruterbang ujian Sukhoi berada di Malaysia menguji terbang pesawat ini dan melaksanakan program peralihan juruterbang TUDM. Program latihan peralihan mengambil masa selama 5 bulan yang bermula pada bulan Julai 2007. Sehingga Disember 2007, Malaysia telah menerima 6 buah pesawat Su-30MKM dan melatih enam orang anak kapal. Malaysia merancang untuk melatih 72 orang pegawai sebagai juruterbang dan pegawai sistem senjata bagi Su-30MKM. Latihan kemungkinan besar akan dibuat dengan kerjasama India. Kesemua pesawat Su-30MKM dijangka akan diserahkan sebelum akhir tahun 2008.

 

Banyak lagi bukti boleh didapati daripada kajian dasar Tun Dr Mahathir yang telah selamatkan kita dari Krisis Kewangan 97. Lebih banyak lagi bukti yang boleh didapati ketika ekonomi Rusia kembali pulih. Dan secara menariknya, Tun Dr. Mahathir menjadi salah seorang yang bertanggungjawab daripadanya. Jadi,apakah ‘jenis’ orang-orang yang mengutuk beliau? Fikirlah sendiri.

Related Articles

One Comment

  1. Ayahanda tun adalah Pm terbaik…saya bangga dan kagum pada tun …pada yg menghina tun,mereka telah dibutakan mata dn hati dgn fitnah2 yg di taburi oleh si penyangak2 atasan…moga tun diberikan kesihatan yg baik,diberkati serta dirahmati Allah SWT…aamin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button