BERITA

Merana Duit KWSP Lesap! Hasrat Cari ‘Maid’ Sambilan Jadi Mimpi Ngeri, Scammer Selindung Sebalik Khidmat Kemas Rumah

BERADA dalam minggu terakhir Ramadan membuatkan umat Islam sibuk membuat pelbagai persiapan termasuk mengemas rumah bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri.

 

Maka tidak hairanlah iklan servis mengemas rumah yang sering muncul di media sosial seperti Facebook dihubungi orang ramai sehingga ada pihak yang mengambil kesempatan dan menipu pengguna.

 

Menceritakan semula pengalaman ditipu dengan servis tersebut, Md Nor Izzudin Hamzah berkata, kejadian pada 23 April lalu berlaku dengan sangat pantas.

 

Malah dia tidak menyangka duit dalam akaunnya lesap selepas membuat tempahan servis mengemas rumah yang diklankan di Facebook.

 

“Mula-mula saya tertarik dengan iklan servis membersihkan rumah yang ditawarkan dan terus menekan button WhatsApp yang diberikan dalam iklan tersebut.

 

“Dalam perbualan WhatsApp saya diminta utuk melakukan tempahan melalui aplikasi yang mereka suruh muat turun melalui link yang diberikan. Aplikasi itu bernama My Maid, coretnya di halaman Facebook.

 

Malah kata mangsa yang yang juga Perunding Takaful dan Perwarisan Harta Pusaka Islam itu, segala maklumat yang ditetapkan dalam aplikasi berkenaan diisi tanpa ragu-ragu bagi membolehkan tempahan servis dilakukan.

 

Kemudian masuk dekat bahagian bayaran, hanya ada bayaran menggunakan FPX dan saya memilih untuk membayar menggunakan Maybank2u.

 

“Semasa hendak membuat bayaran, setiap kali saya masukkan username dan password akan berlaku error sedangkan saya yakin username dan password yang dimasukkan adalah betul

 

“Disebabkan banyak kali cuba dan tidak berjaya, saya membuat tangkap layar transaksi yang tidak beraya dan hantarkan semula kepada nombor tersebut

 

Apa yang pelik adalah semasa buka halaman perbankan internet tu, username dan password berada dalam halaman yang sama. Malah masa tu tidak keluar gambar keselamatan seperti yang sepatutnya,: jelasnya ketika dihubungi mStar.

 

Ujarnya lagi, selepas dimaklumkan pihak terbabit kemudian melakukan semakan dan menunjukkan tempahan yang dibuat masih belum selesai.

 

Bagaimanapun, mereka akhirnya bersetuju agar bayaran dibuat selepas servis mengemas rumah dilakukan.

 

Namun tiba-tiba selepas dua jam dia menerima notifikasi transaksi perbankan.

 

Dua jam kemudian, tiba-tiba saya terima notifikasi transaksi yang bukan saya buat. Mulanya hanya satu transaksi.

 

“Saya jadi bingung kerana tidak melakukan sebarang transaksi tersebut dan terus menghubungi Maybank Customer Service. Semasa menunggu customer service menjawab panggilan, dua lagi transaksi dilakukan dan habis semua simpanan yang ada dalam akaun sekelip mata.

 

Transaksi berlaku tanpa ada permintaan TAC (Kod Pengesahan Transaksi) daripada nombor telefon saya dan tiada permintaan kebenaran pemindahan wang masuk dalam telefon. Perkara ini berlaku sekelip mata… tiga transaksi berlaku dalam masa yang sangat singkat telah menghabiskan segala duit yang ada dalam akaun saya,” luahnya sedih.

 

Dalam pada itu, dia menyatakan nombor TAC tidak diperoleh semasa proses pemindahan dilakukan adalah disebabkan aplikasi My Maid yang dimuat turun mempunyai sistem malware dan berkemungkinan telah memintas mesej TAC kepada nombor telefon scammer tersebut.

 

Kata Md Nor Izzudin, dia tidak menyangka scammer akan menggunakan kaedah sebegitu untuk mendapatkan maklumat peribadi pengguna dan mengeluarkan simpanan di dalam akaun.

 

Saya mohon semua untuk doakan supaya proses aduan berjaya dan duit yang hilang dapat dikembalikan semula. Jumlah duit yang hilang agak besar bagi saya kerana ia termasuk wang KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) dan komisen yang baru diterima.

 

Jadi saya nasihatkan supaya orang ramai berhati-hati dan tidak sewanang-wenangnya download atau menekan link yang diberikan individu tidak dikenali” katanya yang akan mengambil tindakan lanjut termasuk memohon bantuan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

 

Hantaran yang dibuatnya itu dikongsi lebih 6,600 pelayar Facebook dan rata-rata netizen turut mengakui pernah berhadapan dengan situasi sama.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button