BERITA

Mesej Mokhtar Dahari Yang Wajib ‘Dicerna’ Jaami Qureshi Dan Ayahnya

 

Semalam isu membabitkan pemain berdarah kacukan Iraq-Malaysia, Jaami Qureshi untuk menyarung jersi skuad Harimau Malaya kembali menjadi bualan komuniti bola sepak tempatan.

 

Ayah kepada bekas pemain remaja kelab Liga Inggeris Brighton & Hove Albion itu  mendakwa Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak menghormati mereka kerana Presidennya, Datuk Haji Hamidin Bin Haji Mohd Amin enggan meluangkan masa untuk bertemu kedua-duanya ketika lawatan ke Wisma FAM pada 16 Jun lalu.

Jaami Qureshi has arrived at Wisma FAM. pic.twitter.com/2j7V38HDiy

— Harimau Abroad🐯🇲🇾✈️ (@harimau_abroad) June 16, 2022

 

Ayah kepada pemain itu, Perviz Qureshi, turut mendakwa FAM enggan memperkenalkan anaknya itu kepada Ketua Jurulatih pasukan negara, Kim Pan-gon, selain turut mendakwa FAM memiliki agenda tersendiri.

 

Ini sebenarnya bukan kali pertama Perviz Qureshi mengkritik FAM secara terbuka menggunakan media.

 

Bukanlah untuk mempertahankan FAM. Tetapi di manakah keperluan untuk pertemuan dengan Datuk Haji Hamidin atau Kim Pan-gon dilakukan sekiranya jelas Jaami Qureshi enggan melepaskan passport Britain yang dipegangnya untuk membenarkan dirinya menyarung jersi pasukan negara suatu hari nanti.

 

FAM pernah beri penjelasan

 

Sebenarnya isu FAM ‘didakwa’ membelakangkan Jaami Qureshi oleh ayahnya tidak lagi sepatutnya timbul.

 

Badan induk bola sepak negara itu sendiri turut pernah menjelaskan kronologi rundingan yang pernah dilakukan bersama pemain itu dan ayahnya.

 

Sebenarnya rundingan untuk mendapatkan Jaami mewakili Malaysia oleh FAM bermula pada Jun 2020 lagi, melibatkan Perviz dan pengurus akademi Brighton, John Morling.

#NSTsports The FA of Malaysia (#FAM) have rubbished claims that they had not given England-based Jaami Qureshi, an Iraqi-Malaysian, a chance to play for Harimau Malaya. https://t.co/IHNKDFtbB1

— New Straits Times (@NST_Online) January 18, 2022

 

Pada ketika itu FAM berharap dapat memanggil Jaami untuk menyertai kem latihan pusat B-19 untuk persiapan menghadapi Kejohanan AFC B-19 yang kemudiannya dibatalkan oleh penganjur.

 

Kemudian pada 10 Julai 2020 Perviz Qureshi menyatakan keberatan membenarkan anaknya, Jaami yang berdarah kacukan Iraq-Malaysia, pulang ke tanah air disebabkan tempoh kuarantin yang panjang dan mencadangkan supaya FAM memulakan proses dokumentasi kewarganegaraan anaknya.

 

Perviz juga keberatan mengizinkan FAM mengirim petugas teknikal untuk menilai kemampuan Jaami.

 

Kemudian pada 14 Julai 2020 FAM sekali lagi telah berhubung dengan pihak Jaami dan menyatakan tiga perkara penting yang perlu dimuktamadkan iaitu: Pertama, Jaami harus hadir secara fizikal bagi memenuhi proses permohonan dokumentasi kerakyatan termasuk kad pengenalan dan pasport.

 

Kedua, Jaami perlu memberikan komitmen untuk memilih Malaysia dan bukan England jika kedua-duanya layak ke Piala Dunia B-20 2021.

 

Ketiga, Jaami juga harus melalui proses ujian pemilihan dari sudut teknikal seperti seorang lagi pemain berpangkalan di luar negara, Wan Ahmad Kuzri Ahmad Kamal.

 

Menjelang 24 Julai 2020, Jaami sah tidak disenaraikan Ketua Jurulatih skuad B-19 negara ketika itu, Brad Maloney atas sebab tiada persetujuan dicapai antara kedua-dua pihak berhubung tiga perkara penting tersebut.

Jaami Qureshi’s father revealed Iraq has been in contact with the Brighton youngster. Qureshi is eligible to play for England, Malaysia and Iraq. pic.twitter.com/y04hgvlWtz

— Harimau Abroad🐯🇲🇾✈️ (@harimau_abroad) June 18, 2021

 

Jaami Qureshi gave a potential confirmation of representing Iraq in international football instead of England and Malaysia.https://t.co/cePp1O6b8P

— Harimau Abroad🐯🇲🇾✈️ (@harimau_abroad) January 16, 2022

Pada Januari tahun ini FAM telah mendedahkan bagaimana Perviz Qureshi mahukan anaknya yang berpangkalan di England diberikan keistimewaan taraf kerakyatan tanpa perlu melalui proses penilaian teknikal.

 

Malah di dalam tempoh itu Perviz mengesahkan anaknya itu telah memilih untuk mewakili skuad kebangsaan Iraq selepas FAM dianggap tidak berusaha membenarkan anaknya mewakili Malaysia.

 

Mengapa perlu berjumpa Kim Pan-gon?

 

Berdasarkan kronologi di atas, pendirian FAM amat jelas bahawa badan induk itu tetap dengan pendirian tidak akan berkompromi dengan syarat-syarat yang harus dipenuhi oleh pemain itu sebelum dibenarkan mewakili Malaysia di pentas antarabangsa.

 

Ia juga soal perundangan dan perlembagaan negara, maka tiada sebab mengapa Jaami Qureshi harus diberikan pengecualian di dalam hal kewarganegaraan.

Tak nak lepas passport pastu meroyan… Apa masalah dia ni sebenarnya pic.twitter.com/nxrSCASAqF

— Rajanyucare (@rajanyucare) June 30, 2022

 

Melalui artikel temubual bersama Harian Metro yang disiarkan semalam, pemain itu sendiri menyatakan tidak sangggup melepaskan passport British yang dipegangnya.

 

Perundangan negara pula jelas menyatakan seorang warganegara Malaysia tidak boleh memiliki dia passport atau dwi kewarganegaraan.

 

Jadi apakah keperluan Perviz dan anaknya mahu berjumpa dengan Kim Pan-gon sekiranya enggan menukar kewarganegaraan terlebih dahulu?

“If you’re ashamed to stand by your colours, you better seek for another flag.“ – Mokhtar Dahari

November 13, 1953 – The birthday of one of the greatest.#SuperMokh pic.twitter.com/CiBAoFrr2z

— Padang Bola Sepak 🇲🇾 (@padangbolasepak) November 13, 2020

 

Adakah Perviz mahu mempergunakan Kim Pan-gon untuk mendesak FAM untuk memberi kelonggaran kepada anaknya itu?

 

Mungkin kata-kata Mokhtar Dahari ini boleh menjadi mesej yang berguna buat Perviz dan Jaami Qureshi:

 

“If you’re ashamed to stand by your colours, you better seek for another flag.” ― Mokhtar Dahari

 

Sumber: semuanyabola

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button