PERMOHONAN RAKYAT

Musaadah Khaira PPZ – BANTUAN KHAS COVID-19 (BANTUAN TUNAI RM300)

SATU INISIATIF PPZ-MAIWP BAGI MEMBANTU MERINGANKAN BEBAN ORANG AWAM SUSULAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) AKIBAT PENULARAN WABAK COVID-19.
  1. Membantu golongan pendapatan pertengahan yang terjejas dengan Perintah Kawalan Pergerakan wabak COVID-19.
  2. Membantu meringankan beban hidup golongan penjaja/peniaga kecil dan pekerja B40 agar mereka dapat meneruskan kehidupan.
  3. Menyahut seruan YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri agar Institusi Zakat lebih proaktif dalam membantu mereka yang memerlukan.
BUKTI BANTUAN INI ADALAH BENAR (klik link tersebut)

SYARAT PERMOHONAN
  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia yang berumur 20 tahun dan ke atas sahaja.
  2. Pemohon dalam Kategori B40 iaitu pendapatan isi rumah di bawah RM4,360 sebulan.
  3. Pemohon merupakan individu yang terjejas ataupun hilang punca pendapatan ketika wabak COVID-19.
  4. Permohonan hanya melalui atas talian sahaja dengan melayari musaadahkhaira.zakat.com.my.

DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN
Bukti Pengenalan Diri
  • Salinan Kad Pengenalan atau Polis/Tentera Pemohon. Bagi mereka yang mempunyai tanggungan, mohon lengkapkan butiran tanggungan.

Bukti Pendapatan
  • Bagi yang bekerja – slip pendapatan / pengesahan pendapatan / pengesahan pemberhentian kerja atau dicutikan tanpa gaji atau dikurangkan gaji bulanan.

Bukti Perniagaan
  • Bagi Peniaga/Penjaja Kecil – Lesen Perniagaan/Resit Sewa Tapak atau lain-lain dokumen yang boleh membuktikan pendapatan.

Akaun Bank
  • Jika pemohon tidak mempunyai akaun bank, sila lampirkan SURAT KUASA yang ditandatangani oleh pemohon. Sila nyatakan nama pasangan atau waris terdekat beserta maklumat akaun di surat kuasa tersebut.

Dokumen sokongan boleh diserahkan dengan mengambil gambar atau imbas (scan) dokumen dan muat-naik (upload) di dalam borang permohonan.
CARA PERMOHONAN DAN SEMAKAN

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button