PERMOHONAN RAKYAT

MySalam 2022 : Cara Semak Kelayakan Anda & Syarat Permohonan, Semak Sekarang

Tahukah anda, individu berpendapatan rendah atau mereka yang tergolong dalam kumpulan B40 yang dikuarantin sebagai pesakit dalam siasatan (PUI) Covid-19 boleh menerima RM50 sehari sebagai ganti pendapatan mereka yang terjejas di bawah pelan perlindungan mySalam Covid-19.

 

Dalam pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pelan itu akan dikembangkan merangkumi mereka yang dikuarantin sebagai PUI untuk membuat tuntutan sepanjang 14 hari kuarantin yang diwajibkan.

 

Berikut dikongsikan serba sedikit tentang MySalam Covid-19 dan cara membuat tuntutan (claim) RM50/sehari sekiranya anda positif COVID-19 atau pernah dikuarantin sebagai kontak rapat @ PUI (sebelum 31 Oktober 2021).

 

Apakah Skim MySalam?


Skim perlindungan masyarakat mySalam adalah inisiatif Kerajaan yang bertujuan menyediakan perlindungan kesihatan takaful percuma kepada 8 juta individu rakyat Malaysia.

 

Antara manfaat MySalam ialah mereka yang dilindungi dapat menuntut RM8,000 dibayar sekali seumur hidup apabila didiagnos salah satu daripada 45 Penyakit Kritikal dan pembayaran tunai RM50 sehari hospitalisasi untuk maksimum 14 hari, termasuklah kuarantin 14 hari yang diwajibkan untuk mengekang Covid-19.

 

Perlindungan mySalam untuk golongan B40 telah berkuatkuasa pada 1 Januari 2019 dan Kerajaan telah bersetuju supaya skim perlindungan mySalam diperluaskan kepada penerima Bantuan Keluarga Malaysia yang layak mulai tahun 2022.

 

Syarat Kelayakan MySalam Covid-19

Antara syarat kelayakan Skim

 

MySalam Covid-19 ini adalah penerima BSH yang:

1. Berumur antara 18 hingga 65 tahun;

2. Individu bujang berumur antara 40 tahun dan 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun;

3. Individu OKU berumur antara 18 tahun dan 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.

 

Jika anda layak untuk skim mySalam tetapi tidak menerima SMS atau makluman kelayakan tersebut, anda boleh e-mel terus kepada pihak mereka di info@mysalam.com.my atau hubungi talian mySalam di 1 300 888 938 yang beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu untuk mendapatkan bantuan lanjut.

NOTA: COVID-19: Sila maklum bahawa tuntutan bagi manfaat hospitalisasi berkaitan kes kuarantin kontak rapat COVID-19 (PUI) akan diterima bagi kuarantin sehingga 31 Oktober 2021 sahaja.

 

Cara Semak Kelayakan MySalam

Untuk menyemak kelayakan, anda boleh juga melakukannya secara online dengan langkah berikut:

1. Layari www.mysalam.com.my

2. Masukan kad pengenalan tanpa(-)

3. Klik semak

4. Di ruangan bawah akan dinyatakan sama ada anda LAYAK ATAU TIDAK LAYAK sebagai penerima manfaat MySalam.

 

Kemaskini MySalam


UPDATE TERBARU UNTUK MYSALAM. Siapa yang masih tak dapat duit dari MYSALAM dan dapat mesej DOKUMEN ANDA TIDAK LENGKAP, ini yang perlu anda lakukan. Setiap permohonan WAJIB ada -VE @ +VE covid. Baru proses permohonan kita diproses. Sila call no MYSALAM 1-300-88-1900 dan tanyakan status terkini. (Nak tunggu pegawai dia angkat dalam anggaran 5 minit, harap sabar menunggu).

 

Dokumen kami dan family tidak lengkap disebabkan kami tiada hitam putih yang membuktikan kami ni -ve COVID. Untuk dapatkan result UJIAN SWAB tu, terpaksa lah pergi ke pusat kuarantin masing-masing.

 

Cari doktor yang bertugas di situ. Sahkan dokumen swab test. Kemudian hantar balik ke kaunter MYSALAM untuk dia kemaskini. Tempoh kemaskini dalam anggaran 2 minggu @ sebulan Bergantung pada keadaan semasa.

 

kalau tidak ada respon, sila call balik NO MYSALAM.. (PESANAN DARI KAUNTER MYSALAM, SURUH DIA PERCEPATKAN BORANG KITA) Jadi bolehlah kongsikan info ini ya. Sebabnya ramai lagi yang tidak tahu, dan bayaran tertunggak disebabkan tiada result swab test. Ini contoh borang yang ditunjukkan dalam gambar.

 

 

Nota: Surat TERBARU kuarantin sekarang, dah ada hitam putih yang membuktikan kita -ve @ +ve.. Jadi tiada masalah. Yang ada masalah adalah surat yang dari BULAN 4 (April 2021) dan sebelumnya.

 

Kredit info: Farra Rafar


Klik Sini Untuk (Cara Buat Tuntutan MySalam Covid-19)


Maklumat Lanjut

 

Jika ada sebarang pertanyaan berkaitan proses tuntutan, anda boleh membuat pertanyaan di talian 1 300 888 938

atau

E-mel melalui info@mysalam.com.my

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web MySalam dan FAQ MySalam Tuntutan Covid-19

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button