PERMOHONAN RAKYAT

MySalam : Ada Yang Dah Dapat Duit MySalam !


Apakah Skim MySalam?

 

Skim perlindungan masyarakat mySalam adalah inisiatif Kerajaan yang bertujuan menyediakan perlindungan kesihatan takaful percuma kepada 8 juta individu rakyat Malaysia.

 

Antara manfaat MySalam ialah mereka yang dilindungi dapat menuntut RM8,000 dibayar sekali seumur hidup apabila didiagnos salah satu daripada 45 Penyakit Kritikal dan pembayaran tunai RM50 sehari hospitalisasi untuk maksimum 14 hari, termasuklah kuarantin 14 hari yang diwajibkan untuk mengekang Covid-19.

 

Perlindungan mySalam untuk golongan B40 telah berkuatkuasa pada 1 Januari 2019 dan Kerajaan telah bersetuju supaya skim perlindungan mySalam diperluaskan kepada penerima Bantuan Keluarga Malaysia yang layak mulai tahun 2022.

 

Syarat Kelayakan MySalam Covid-19

 

Antara syarat kelayakan Skim

MySalam Covid-19 ini adalah penerima BSH yang: 

1. Berumur antara 18 hingga 65 tahun; 

2. Individu bujang berumur antara 40 tahun dan 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun; 

3. Individu OKU berumur antara 18 tahun dan 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.

 

Jika anda layak untuk skim mySalam tetapi tidak menerima SMS atau makluman kelayakan tersebut, anda boleh e-mel terus kepada pihak mereka di info@mysalam.com.my atau hubungi talian mySalam di 1 300 888 938 yang beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu untuk mendapatkan bantuan lanjut.

 

NOTA: COVID-19: Sila maklum bahawa tuntutan bagi manfaat hospitalisasi berkaitan kes kuarantin kontak rapat COVID-19 (PUI) akan diterima bagi kuarantin sehingga 31 Oktober 2021 sahaja.

 

Cara Semak Kelayakan MySalam

 

Untuk menyemak kelayakan, anda boleh juga melakukannya secara online dengan langkah berikut:

 

1. Layari www.mysalam.com.my

2. Masukan kad pengenalan tanpa(-)

3. Klik semak

4. Di ruangan bawah akan dinyatakan sama ada anda LAYAK ATAU TIDAK LAYAK sebagai penerima manfaat MySalam

 

Sila ke pautan berikut untuk Cara Buat Tuntutan MySalam Covid-19

 

Berapa Lamakah Tuntutan Diproses?

 

Anggaran masa untuk memproses kedua-dua tuntutan hospitalisasi dan Penyakit Kritikal ialah sepuluh (10) hari bekerja setelah menerima dokumen tuntutan yang lengkap.

 

Tetapi, jika dokumen atau maklumat diterima tidak lengkap, ianya mungkin mengambil masa lebih lama atau sehingga dokumen yang diperlukan telah diterima untuk memproses tuntutan.

 

Status tuntutan boleh diakses melalui portal atas talian www.mysalam.com.my.

 

Mereka yang membuat tuntutan juga akan dimaklumkan melalui SMS samada tuntutan mereka diluluskan atau tidak.

 

Contoh permohonan yang lulus

adalah seperti berikut:

 

Jumlah bayaran yang diterima bergantung kepada pengesahan dan jenis tuntutan anda.

 

Wang akan dikreditkan ke akaun yang anda isikan dalam borang permohonan.

 

Anda akan menerima notifikasi SMS seperti berikut: 


Pertanyaan & Maklumat Lanjut

 

Anda juga boleh menghantar e-mel bagi sebarang pertanyaan di info@mysalam.com.my atau hubungi talian MySalam di 1 300 888 938 yang beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button