PERMOHONAN RAKYAT

MySalam Perlindungan – Semakan MySalam Untuk B40 & M40

 

APA ITU MYSALAM?

mySalam merupakan sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma oleh Kerajaan yang memberikan perlindungan takaful kepada individu yang layak menerima manfaat skim Perlindungan Masyarakat mySalam melalui Tabung Amanah mySalam.

Kerajaan ingin menyediakan sebuah skim pelindungan kesihatan sosial untuk membantu golongan miskin yang memerlukan bantuan mengatasi masalah kewangan apabila menghidapi penyakit-penyakit kritikal.

 

Untuk Memohon, Rujuk Pautan Berikut

 

 

 

SIAPAKAH YANG LAYAK UNTUK MYSALAM


Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) :-

  1. Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan;
  2. Individu bujang berumur antara 40 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun;
  3. Individu OKU berumur antara 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.

 

 

Kategori Bantuan Sarah Hidup (BSH)

  1. RM 8000 akan di bayar secara tunai apabila disahkkan atau didiagnos salah satu daripada 45 penyakit kritikal.
  2. Elaun RM 50 hospital akan di berikan secara tunai harian sehingga 14 hari ataupun maksimum di bayar RM 700 bagi setahun untuk seorang.

Senarai 45 penyakit kritikal boleh tekan link tersebut : klik sini

Senarai Hospital : klik sini

Untuk semak kelayakan boleh klik link tersebut : SEMAK

 

 

 

 CARA UNTUK MEMBUAT TUNTUTAN

  1. Tuntutan yang diluluskan akan dimaklumkan kepada penerima manfaat melalui SMS dan maklumat tersebut akan juga dimuat naik ke portal www.mysalam.com.my. 
  2. Pengendali takaful yang terlibat akan memproses bayaran untuk semua tuntutan yang berjaya dengan mengkreditkan tunai secara terus ke dalam akaun penerima manfaat seperti yang didaftarkan dengan skim Bantuan Sara Hidup Rakyat.

Sebarang soalan mengenai MySalam anda boleh klik link tersebut : Soalan Lazim Mengenai MySalam

 

Penerima Bantuan Sarah Hidup lama atau baru dinasihatkan untuk mengemaskini maklumat BSH /BR1M dan melengkapkan waris yang dinamakan dalam maklumat agar boleh membuat tuntutan sekiranya penerima Bantuan Sarah Hidup meninggal dunia dalam tempoh yang ditetapkan.

 

Sekian Terima Kasih.

 

 

 

Related Articles

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button