BERITA

MySejahtera Berwajah Baharu

 

MySejahtera kini berwajah baharu dengan beberapa ciri baharu yang dapat membantu memantau dan melihat maklumat kesihatan.

 

Perkara itu diumumkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menerusi Twitter sebentar tadi.

 

“MySejahtera kini berwajah baharu dengan ciri-ciri baharu yang dapat membantu kita pantau dan lihat maklumat kesihatan.

 

“Rekod saringan kesihatan dan rekod imunisasi anak juga boleh dilihat di MySejahtera. Kemas kini aplikasi anda mulai hari ini untuk mendapatkan ciri-ciri baharu ini,” ciapnya di Twitter hari ini.

 

Turut akan diperkenalkan menerusi kemas kini terbaharu ialah rekod perdermaan darah dan buku pemeriksaan kehamilan atau buku ‘pink’ secara digital.

 

Sumber: KOSMO! ONLINE.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button