BERITA

MySejahtera Dikemaskini: Tidak Lagi Menunjukkan Status Risiko Kontak Kasual

 

Sebelum ini, sekiranya aplikasi MySejahtera telah mendapati anda terdedah kepada seseorang dengan kes positif COVID-19, aplikasi tersebut akan memaparkan status risiko kontak kasual dan memperlihatkan status berwarna kuning.

 

Hari ini, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin telah mengeluarkan kenyataan yang mengatakan bahawa aplikasi tersebut telah dikemaskini untuk tidak lagi menunjukkan status kontak kasual berwarna kuning itu, dan sebaliknya akan memamparkan notifikasi yang mengatakan anda telah terdedah kepada individu yang didapati positif COVID-19.

Previously when MySJ Trace/Check-Ins detected that you were exposed to a +ve case, your risk status will change to Casual Contact (yellow). From today, your risk status will no longer change. You will get a notification instead. If you have symptoms, isolate and test. #TRIIS pic.twitter.com/QdRED1RU3Y

— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) March 1, 2022

 

Melalui tangkapan layar yang diperlihatkan, notifikasi ini akan tiba di peranti anda dan juga didalam aplikasi MySejahtera, dan menurut notis yang diberikan, sekiranya anda mendapati bahawa anda memperlihatkan sebarang gejala, anda disarankan untuk membuat ujian RTK dan mengasingkan diri untuk memastikan anda tidak menjangkiti orang lain.

 

Sekiranya anda tidak bergejala, nampaknya anda tidak perlu risau kerana tiada sekatan pergerakan akan dilakukan, tetapi anda disarankan untuk mengikuti langkah-langkah SOP yang telah ditetapkan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button