BERITA

MySejahtera Login : Cara Buat Mysejahtera QR Code (MUDAH!)

Setelah berakhirnya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) baru-baru ini, kerajaan telah menubuhkan aplikasi MySejahtera untuk mengawal pergerakan rakyat Malaysia sekaligus mengurangkan jangkitan cv19.
Aplikasi ini boleh di muat turun secara percuma di dalam telefon pintar masing-masing. Tujuannya adalah untuk membantu kerajaan dalam memutuskan rantaian jangkitan Cv19 di dalam negara. Sekaligus, aplikasi ini dapat membantu rakyat Malaysia untuk mengetahui tahap kesihatan mereka sepanjang wabak ini berlaku dan membantu mereka untuk mencari klinik atau hospital yang terdekat untuk mendapatkan rawatan dan pemeriksaan segera.
Melalui aplikasi ini juga, mereka dapat mengetahui tahap kesihatan mereka semasa wabak ini masih menular di dalam negara. Bukan sahaja rakyat Malaysia yang mendapat faedah dari aplikasi ini. Malah, warga asing juga yang telah mendiami negara layak untuk memuat turun aplikasi ini untuk mereka dan keluarga agar mereka juga dapat mengelak dari terkena jangkitan ini.
Anda tak perlu risau tentang maklumat kesihatan anda, jika anda memuat turun aplikasi ini. Rekod perubatan setiap individu akan dirahsiakan oleh pihak KKM.
Cara Buat QR Code MySejahtera
Pengimbas kod QR MySejahtera untuk premis pula adalah aplikasi ‘CHECK IN”. Kesemua kakitangan mahupun pelawat perlulah mengimbas kod QR tersebut sebelum dibenarkan masuk ke dalam premis.
Bukan saja premis peniagaan, boleh juga guna untuk tapak pembinaan, di sekolah dan sebagainya supaya orang ramai tidak perlu menulis nama di buka jika scan mengguna kod bar ini.
Ikuti langkah-langkah yang dikongsikan di bawah:
Step 1 – Sila masuk ke laman sesawang rasmi di MySejahtera di mysejahtera.malaysia.gov.my
Step 2 – Sila klik pada pautan MySejahtera “Check-In” seperti gambar rajah dibawah.
Step 3 – Klik pada “Daftar MySejahtera Check-In” bagi pengguna baru.
Step 4 – Buat Registration hingga selesai, kalau guna email dia akan hantar verifikasi ke email anda kalau pakai no. fon dia akan hatar cod otp untuk verifikasi.
*(step ni paling leceh kadang nak tunggu dpt kod tu punya lah lambat, dh expired baru masuk email, paling laju pakai no.fon).
Step 5 – Masa register tu masukkan profile company perniagaan anda tu.
Step 6 – Dah selesai klik je submit, dia akan keluar seperti gambar rajah dibawah, so korang print je qr code korang nanti dah letak di premis. Settle.
Step 7 – Kalau nak edit atau tambah presmis guna akaun yang sama sila bahagian Login di MySehajtera Signin
Step 8 – Edit boleh tambah premis boleh, dah print qr code mcm biasa. selesai.
Itu saja perkongsian berkaitan cara untuk anda buat QR CODE sendiri, boleh je letak di gerai-gerai, kedai, premis, tapak pembinaan dan sebagainya. semoga bermanfaat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button