BERITA

Najib Cadang I-Citra Keluar Sebelum Aidilfitri

 

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak  mencadangkan supaya pengeluaran khas kali terakhir i-Citra bagi ahli yang terjejas boleh dilaksanakan selepas dividen 2021 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibayar tidak lama lagi.

 

Ahli Parlimen Pekan itu juga berpendapat bahawa masa yang tepat bagi pengeluaran khas itu adalah sebelum Hari Raya Aidilfitri.

 

“Pada pendapat saya, masa yang paling tepat bagi kerajaan membenarkan pengeluaran khas kali terakhir i-Citra bagi ahli yang terjejas ialah selepas dividen 2021 KWSP dibayar kepada pencarum tidak lama lagi dan sebelum Hari Raya,” katanya di Facebook.

 

Najib mengulas sokongan Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) Ahmad Fadhli Shaari terhadap pengeluaran i-Citra RM10,000 bagi pencarum yang terjejas. 

Fadhli dalam kenyataan semalam mendedahkan bahawa Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mahu melaksanakan pengeluaran berkenaan, namun Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz enggan merealisasikannya.

 

Mengulas lanjut, Najib berkata, sokongan yang dinyatakan secara terbuka oleh Ketua Pemuda PAS itu dijangka mendapat sokongan menteri PN dan menjadikan permintaan rakyat itu suatu realiti.

 

“Dengan sokongan yang diumum Ketua Pemuda PN/PAS semalam, saya lebih optimis bahawa menteri-menteri PN akan akhirnya tidak lagi membantah tetapi akan menyokong permintaan pengeluaran khas ini dan ia akan menjadi realiti.

 

“Harap Ketua Pemuda PN/PAS seorang ini akan berusaha untuk memujuk Presiden Bersatu dan PAS serta menteri-menteri PN untuk memberi sokongan,” katanya.

 

Link Status Bossku.. Mari kita beri Sokongan Padu utk 1 Citra 10k.

Biarpun prestasi Bursa Malaysia antara paling teruk dalam dunia bagi tahun 2021 lepas akibat darurat menggantung…

Posted by Najib Razak on Tuesday, 15 February 2022

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button