PERMOHONAN RAKYAT

Najib Cadangankan Benarkan Pengeluaran Akaun 1 KWSP Sehingga RM10,000

 

Sebelum ini, KWSP telah mewujudkan skim i-Lestari KWSP dimana semua ahli dibenarkan untuk membuat pengeluaran akaun simpanan 2 demi untuk meringankan beban kewangan ahli berdaftar untuk membeli keperluan asas bulanan dalam tempoh pandemik Covid-19 ini.

 

Jumlah pengeluaran yang telah ditetapkan oleh pihak kwsp adalah sebanyak RM500 untuk tempoh 12 bulan (maksimum).

 

 

CADANGAN PENGELUARAN AKAUN 1 KWSP

 

 

 

Cadangan yang telah dibuat oleh Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengeluarkan wang simpanan daripada Akaun 1 KWSP secara one-off sehingga RM10,000 disebabkan keadaan Malaysia yang semakin tidak menentu dengan PKPD di Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya dan Sabah.

 

 

 

PKPD di kawasan bandar utama Malaysia telah mengakibatkan keadaan semua rakyat Malaysia  semakin terjejas  terutama bagi individu yang telah dibuang kerja.

 

Cadangan ini telah disokong  oleh ramai rakyat Malaysia kerana ianya amat bersesuaian untuk menjaga kebajikan rakyat dalam keadaan kesempitan dan kesusahan ketika covid ini.

 

 

 

 

 

 

Diharapkan Abah dapat menilai lebih baik terhadap cadangan ini untuk kebenaran pengeluaran KWSP akaun 1 dan seterusnya meringankan beban rakyat Malaysia dikala musim covid ini melanda.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button