BERITA

One-Off Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ~ Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin

 

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ada membuat kenyataan tentang pengeluaran secara “one-off akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja KWSP.

 

Perdana Menteri memberi kenyataan bahawa agak susah untuk kerajaan membenarkan pengeluaran akaun satu dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja KWSP untuk keperluan rakyat yang terjejas menghadapi wabak pandemik covid-19.

 

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menyatakan bawah ada cadangan mengenai pengeluaran akaun 1 KWSP pertama mengenai pengeluaran RM10,000 secara one off yang dibuat dan dicadangkan oleh Najib Razak.

 

Muhyiddin Yasin menyatakan agak sukar untuk kerajaan meluluskan perkara berkenaan Iaitu pengeluaran akaun 1 KWSP.

 

PERDANA MENTERI JUGA AKUI TERDAPAT RAMAI RAKYAT DI MALAYSIA MENGHANTAR MESEJ SECARA PERIBADI KEPADA BELIAU meminta pertolongan agar cadangan tersebut diluluskan dengan ayat, “Tan Sri tolonglah kami susah’.

 

Selain itu Muhyiddin juga memberitahu tanpa mengeluarkan akaun 1 KWSP tersebut, kerajaan sudah membelanjakan berbilion ringgit untuk membantu Rakyat.

 

Tambahanya lagi, ” jika kerajaan membenarkan cadangan tersebut diluluskan dengan meluluskan segala wang melalui pengeluaran KWSP, saudara pasti akan menghadapi masalah di masa hadapan’.

 

Akhirnya Kerajaan Sukar Luluskan Pengeluaran RM10,000 Akaun 1 KWSP.

 

 

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin membuat kenyataan tersebut ketika merasmikan Mesyuarat agung tahunan Koperasi Sungai Terap, di Dewan Sri Permata SMK Bukit Pasir Muar Johor.

 

Sumber : lumbakuda.net

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button