BERITAPERMOHONAN RAKYAT

Order Barang Tak Sampai-sampai, Ini Taktik Scammer Buat Laman Web Palsu Nampak ‘Trusted’

 

Order barang shopping online tapi tak sampai-sampai. Rupa-rupanya kena tipu dengan taktik scammer yang licik guna web palsu nampak macam ‘real’.

Anda pernah ada pengalaman, beli lain tapi dapat barang lain masa shopping atas talian? Lagi sakit hati bila barang yang ditunggu-tunggu tak kunjung tiba. Hati rasa nak marah, tapi kena sabar…

 

Begitulah seperti yang dialami oleh kebanyakan orang. Hajat nak membeli sesuatu barang baharu yang berjenama, tapi akhirnya duit terbang sia-sia. Barang yang dipesan tidak juga tiba, hinggalah akhirnya tersedar yang dirinya sudah ‘terkena’.

 

Rupa-rupanya, laman yang menjual barang tersebut adalah laman web palsu yang menggunakan ejaan sedikit berbeza di pautan. Sekali imbas, memang tidak perasan. Dua tiga kali imbas, baru sedar rupanya ia sekada helah semata-mata.

 

Tak pelik sebenarnya, sebab laman perbankan pun boleh ‘diplagiat’ sebegini rupa. Jadi macam mana nak tahu pautan laman web itu sah ataupun palsu?

 

Cara kesan taktik scammer guna web palsu

 

Pertama, perhatikan alamat URL laman sama ada selamat atau tidak. URL yang selamat umumnya menggunakan ‘S’ seperti “https://” dan turut menggunakan simbol ‘kunci’.

 

Itu bukanlah jaminan utama laman tersebut bukan scam, tapi ia menunjukkan bahawa pemiliknya menggunakan proses encryption yang selamat untuk menghantar data serta perlindungan daripada hackers.

 

Selain itu, anda perlu semak nama domain dengan teliti. Biasanya scammer akan menggunakan nama domain yang hampir serupa bunyi/ejaannya dengan nama domain sebenar. Contohnya Sho0pe.com, Mayzbank.com dan seumpamanya. Sekali imbas memang tidak perasan, demikianlah tujuan mereka mahu mengelirukan mangsa.

 

Dalam pada itu, antara tanda lain laman web itu palsu dan dimiliki scammer adalah anda akan menerima notifikasi emel-emel yang pelik. Tidak kurang juga, anda akan dibawa ke pautan lain yang tidak sepatutnya selepas klik pada mana-mana bahagian.

 

Selain itu, pautan media sosial juga akan membawa anda ke ‘page login’. Hairan bukan? Tidak cukup dengan itu, anda juga akan terima SMS meminta pengesahan transaksi yang menyatakan pembayaran dibuat ke laman web lain (bukan laman web yang anda lakukan pembelian).

 

Bila baca pengalaman orang ramai, mulalah rasa takut ingin beli-belah atas talian. Mujur Sunway buat ‘mall’ online. Apa sahaja ingin dibeli, semua ada di sana (hyperlink website e-mall). Tak payah risau tertipu lagi sebab semua barang di sini dijamin 100% asli.

 

Sudah tak perlu risau nak membeli persiapan raya. Sebut sahaja apa, perabot, baju raya, kasut baru? Semuanya ada. Tinggal klik-klik sahaja.

 

Kebetulan pula sekarang mereka tengah buat promosi Sunway eMall Riuh Ria Raya. Banyaklah barang best dengan tawaran harga berbaloi. Siap ada tiga promo code khas untuk anda.

 

RIA25 – Nikmati potongan RM25 dengan setiap pembelian minimum RM150

 

RIA100 – Nikmati potongan RM100 dengan setiap pembelian minimum RM500

 

RIA150 – Nikmati potongan RM150 dengan setiap pembelian minimum RM800

 

*Promosi sah 8 April hingga 31 Mei 2022

 

Sebelum itu, tahu tak kenapa anda perlu beli barangan raya di Sunway eMall?

 

Bukan sahaja semua barangan dijual 100% asli, berjenama tulen dan sangat dipercayai, malah harganya pula cukup berpatutan. Lagi menarik, kos penghantaran juga adalah PERCUMA.

 

Selain itu, jika anda membeli pelbagai barangan daripada ‘merchant’ berbeza, ia pasti akan dipekkan dalam kotak yang dijamin selamat sampai ke rumah. Jadi tidak perlu risau lagi tentang risiko barang rosak, hilang dan seumpamanya.

 

Seperkara lagi, Sunway eMall juga turut menawarkan program loyalti Sunway Pals. Sudahlah beli barangan asli, harga yang berpatutan, penghantaran percuma dan selamat, malah siap dapat loyalti lagi!

 

*perincian mengenai Sunway Pals ada pada perenggan selanjutnya

 

Vakum RM759 tinggal RM299 je lepas diskaun

Kan dah cakap barang di sini semua berpatutan. Contohnya robot vakum ni, daripada harga RM700 lebih, tinggal RM299 sahaja. Cukup fungsi boleh sedut habuk dan mop sekali.

 

Taknak buang masa, jom kami kongsi 10 barang penting time raya ni, anda perlu dapatkan di Sunway eMall sepanjang kempen ni.

 

1. Kemas rumah dengan pantas dan bersih dengan HETCH Robot UV Vacuum Cleaner & Mop RVC-1409-HC

 

Anda tidak perlu bersusah-payah sapu lantai rumah guna penyapu, berulang-alik ke tandas untuk mop lantai dan sebagainya. Guna saja vakum ini, ‘confirm’ lantai rumah cepat bersih, badan pun tidak penat.

 

Harga asalnya RM759, tapi selepas diskaun 61 peratus, anda boleh dapatkannya dengan harga serendah RM299 saja. Tolak promo code RIA25 lagi, harganya hanyalah RM274 saja di SINI.

 

2. Tukar sofa baru untuk kegunaan tetamu guna Kenzzo OSKAR 3 Seater Fabric Sofa Set

 

Sofa lama di rumah anda itu eloklah tukar baru. Barulah ‘sedap’ sikit tetamu nak duduk ketika datang beraya nanti. Harga asalnya RM599, tapi selepas diskaun 33 peratus, anda kini boleh memilikinya dengan harga serendah RM399 saja. Tapi bila tolak lagi dengan promo code RIA25, harganya hanyalah RM374 saja di SINI.

 

3. Tukar meja makan baru untuk makan-makan di pagi raya dengan Kenzzo Marson Solid Wood Dining Table Set with 4 Chairs

 

Alang-alang sudah tukar sofa baru, apa kata anda tukar sekali meja makan yang baru? Sebab rasa kurang lengkap pula kalau dua perabot utama di ruang tamu ada baru dan lama. Biarlah kedua-duanya baru, barulah sedap mata memandang.

 

Harga asalnya RM899, selepas diskaun 22 peratus, anda kini boleh memilikinya dengan harga serendah RM699 saja. Tapi kalau tolak lagi dengan promo code RIA100, harganya hanyalah RM599 saja di SINI.

 

4. Tukar TV baru untuk layan rancangan best ketika raya, guna Mi TV P1 Series 55 – Inch

 

Biasanya bermula malam raya, pagi raya hinggalah ke malam ke-10 Syawal,  kebanyakan rancangan di TV semua best belaka. Tapi rasanya lagi bertambah best kalau kita tontonnya dengan TV baru, barulah ada ‘feeling’ raya. Tonton pula dengan saudara-mara dan anak buah beramai-ramai, barulah nostalgia!

 

Harga asalnya RM2,499, selepas diskaun 20 peratus, anda kini boleh memilikinya dengan harga serendah RM1,999 saja. Tapi kalau tolak lagi dengan promo code RIA150, harganya hanyalah serendah RM1,849 saja di SINI dan penghantaran adalah PERCUMA.

 

5. Tambah kipas baru supaya tetamu selesa nak beraya, guna saja Pensonic 12 Inch Metal Fan | PF-3103B

 

Bila sudah beramai-ramai ketika beraya, mestilah rumah akan terasa hangat, bukan? Jangan risau, beli saja kipas kaki berjenama Pensonic ini. Confirm sejuk dan tidak berpeluh. Tetamu pun selesa beraya.

 

Harga asalnya RM208, lepas diskaun 12 peratus, anda boleh memilikinya dengan harga serendah RM184 saja. Tapi kalau tolak lagi dengan promo code RIA25, harganya hanyalah serendah RM159 saja di SINI.

 

6. Buat kuih raya guna Lebensstil Kollektion 5 in 1 Stainless Steel Multifunction Hand Mixer | LKHM-1001X

 

Kemas rumah sudah, perabot baru pun sudah. Kuih raya pun jangan dilupa. Kalau kakak-kakak mahu bancuh adunan tepung kuih dengan lebih sempurna, guna saja hand mixer berkualiti tinggi ini.

 

Harga asalnya RM355, selepas diskaun 10 peratus, kini kakak-kakak boleh memilikinya dengan harga serendah RM318 saja. Tapi kalau tolak dengan promo code RIA25, harganya hanyalah RM293 saja di SINI.

 

7. Masak rendang ayam guna Pensonic 2 in 1 Multi Cooker | PMC-1303GSX

 

Mungkin dapur gas  terhad sebab kakak-kakak guna untuk rebus nasi impit dan ketupat sekaligus. Tidak mengapa, kakak-kakak masih boleh masak rendang ayam seperti biasa guna multi cooker ini.

 

Harga asalnya RM268, selepas diskaun 31 peratus, kakak-kakak boleh memilkinya dengan harga serendah RM186 saja. Tapi kalau tolak dengan promo code RIA25, harganya hanyalah serendah RM161 saja di SINI.

 

8. Buat ayam panggang sebagai juadah tambahan di hari raya dengan HETCH Pro12 Air Fryer Oven AFO-1726-HC

 

Ada sesetengahnya ketika waktu tengah hari di hari raya, mereka akan hidangkan juadah yang lebih berat kepada tetamu seakan makan tengah hari. Apa kata raya kali ini kakak-kakak buat special sikit, hidang ayam bakar untuk tetamu? Barulah ‘rare’.

 

Harga asalnya RM899, selepas diskaun sebanyak 56 peratus, kakak-kakak kini boleh memilikinya dengan harga serendah RM399. Tapi kalau tolak lagi dengan promo code RIA25, harganya hanyalah serendah RM374 saja di SINI.

 

9. Hidang aneka kacang dan biskut raya daripada Nutty Lover Premium Raya Riang Ria Set

 

Ketika pagi raya nanti, biasanya balang-balang berisi kuih raya sudah terhidang kemas di atas meja. Apa kata raya kali ini kakak-kakak hidang juga aneka kacang dan biskut raya macam di atas. Ada juga kudapan ringan yang boleh enak dikunyah semasa berborak sakan dengan tetamu. Sedap sangat mengunyah, tahu-tahu sudah habis!

 

Harga asalnya RM105, selepas diskaun 35 peratus, kakak-kakak boleh memilikinya dengan harga serendah RM68 saja di SINI.

 

10. Pergi keluar beraya penuh bergaya dengan PENAN FULL GRAIN HANDLE

 

Solat raya sudah, makan rendang sudah, layan tetamu datang pun sudah, kini tibalah giliran kakak-kakak pula untuk keluar pergi beraya ke rumah orang. Hah, rasa macam belum cukup cantik pula kalau kakak-kakak tidak bergaya dengan beg tangan ini.

 

Harga asalnya RM220, selepas diskaun 11 peratus, kakak-kakak boleh memilikinya dengan harga serendah RM195 saja. Tapi kalau tolak lagi dengan promo code RIA25, harganya hanyalah RM170 saja di SINI.

 

Nikmati shopping barang raya dengan program loyalti Sunway Pals

 

Apalah maknanya beli-belah sakan barang raya di Sunway eMall kalau tidak perolehi faedah Sunway Pals? Ada banyak ya faedah yang boleh anda nikmati dengan setiap pembelian di Sunway eMall ini.

 

Percaya atau tidak, anda boleh dapatkan serta semak mata ganjaran Check Pals di eMall. Selain itu, anda juga boleh tebus atau tukarkan mata ganjaran itu ke dalam bentuk wang tunai!

 

Menariknya lagi, apabila mendaftar di eMall buat pertama kali, secara automatiknya anda akan didaftar terus untuk Sunway Pals. Manakala ahli Pals sedia ada akan memiliki akaun yang dihubungkan dengan akaun eMall sebaik saja pendaftaran dibuat.

 

Untuk mengetahui dan menikmati pelbagai lagi faedah, baucar, tawaran, mata ganjaran dan sebagainya, anda bolehlah memuat turun aplikasi Sunway Pals dari Google Play Store dan iStore.

 

Oh ya, jika anda berkunjung ke Sunway Mall, anda juga boleh bayar caj parking guna Sunway Pals ya!

 

Lihat persiapan Sunway eMall Raya di Sunway Putra, beli barang & dapatkan hadiah menarik

 

Anda semua dijemput untuk hadir ke Sunway Putra, Kuala Lumpur bagi melihat persiapan Sunway eMall Raya yang akan diadakan di sana.

 

Menariknya, anda juga boleh membuat pembelian barangan dalam eMall, sekaligus turut berpeluang menebus hadiah-hadiah eksklusif yang ditawarkan khas seperti berikut:

 

Berbelanja sebanyak RM300 – Nikmati potongan RM30 selepas pembelian menerusi ‘promo code’ + 1x produk eksklusif Tom Abang Saufi + pelitup muka khas Sunway Mall

 

Berbelanja sebanyak RM100 – Nikmati potongan RM10 selepas pembelian menerusi ‘promo code’.

 

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk beli-belah persiapan dan sambutan hari raya Aidilfitri dengan ‘promo code’, harga & tawaran cukup berbaloi di Sunway eMall serta faedah loyalti daripada Sunway Pals SEKARANG!

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button